Sunday, February 3, 2013

Nasha mungkin bertanding di melaka atas tiket BN

28 Januari lalu, media melaporkan Nik Abdul Aziz secara terbuka mengatakan Ahli Parlimen Bachok Nasharuddin (gambar) tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tanpa menjelaskan punca bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

“Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan,” kata Nik Abdul Aziz.
Abdul Hadi juga memberikan amaran kepada Nasharuddin supaya tidak berdegil sekiranya keputusan tersebut diputuskan dan tindakan memecatnya akan diambil jika beliau bertanding atas tiket parti lain pada PRU 13 tahun ini.

“BN (Barisan Nasional) Melaka sudah menunjukkan minat hebat keatas Nasharuddin.

“Mungkin beliau akan diletak sebagai calon oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Oleh sebab itu semua mencabar PAS untuk memecatnya,” kata Abdul Hadi lagi.

Nasharuddin baru-baru dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. -petikanTMI


Apa ada dengan Ustaz Azhar Idrus? 50ribu hadiri ceramahnya di Kuantan.


adios

No comments:

Post a Comment