Saturday, February 16, 2013

Mungkinkah Bashar Al Assad adalah Sufyani yang disebut dalam hadis nabi

Guevara (sniper FSA)
"Keadaan di Syria amat dahsyat dan memerlukan pertolongan segera dari semua pihak dan negara"

Ini adalah kesimpulan saya setelah berada 3 hari di Halab dan 3 hari di Azaaz di dalam misi Malaysia Lifeline 4 Syria.

Di dalam peperangan, perempuan yang lemah, kanak-kanak yang tidak berdosa dan orang tua yang tidak mampu mengangkat senjata tidak akan dibunuh, diseksa.

Malah ketika Tartar datang menyerang negara islam suatu masa dahulu tidak menghancurkan kota itu. Namun apa yang kami lihat sendiri di Syria masjid, hospital, sekolah, rumah orang awam malah tanah perkuburan dijadikan sasaran oleh askar yang rakus.

Revolusi syria sudah hampir memakanmasa 2 tahun. Namun pembunuhan, penyembelihan masih berlaku setiap hari. Lebih 67,000 nyawa terkorban, dan mengikut statistik 170 orang dibunuh setiap hari! Lebih 200,000 ditahan di dalam penjara tanpa keadilan. Jutaan sudah menjadi pelarian samada di Jordan, Lubnan, turkey mahupun di dalam Syria sendiri.

Siang hari kelaparan, malam di dalam kegelapan, tidur dalam ketakutan dengan bunyi bom dan tembakan. Begitulah kehidupan rakyat Syria selama lebih kurang setahun lebih ini. Sudah lebih 6 bulan elektrik di potong, hidup tanpa bekalan air, dan makanan yang amat terhad. Sekolah berbekalkan lilin, didalam bilik yang kecil iada tingkap mahupun cahaya matahari. sering terdedah kepada bom, roket dan 'sniper'.

Di sana juga kami berkesempatan untuk melihat satu kes pembunuhan beramai-ramai di sungai qwaik, Halab. "Kes ini adalah yang paling teruk selepas pembunuhan dan penyeksaan Hamzah Khatib" kata seorang guru di Halab yang dahulu juga melihat dengan mata sendiri pembunuhan beramai-ramai di Daraa termasuk Hamzah Khatib.

81 mayat baru sahaja diangkat dari sungai oleh penduduk di Bustan Qasr. Dipercayai juga, masih ada lagi berpuluh-puluh mayat yang  tidak mampu diangkat mereka dari sungai kerana terdedah kepada serangan hendap. Kelihatan mayat-mayat semuanya telah diseksa dan dibunuh sebelum dicampakkan ke sungai. Muka mereka sudah menjadi putih dan dipercayai sudah satu malam baru didalam sungai.

Tangan mereka diikat, sebahagian daripada mereka mempunyai kesan asid, ada yang ditembak dari bawah dagu dan tembus ke atas kepala, ada juga yang sudah terkeluar otaknya! Setelah di kenalpasti oleh penduduk, mayat-mayat itu ada datang dari pemuda yang ditahan di dalam penjara selama setahun sehinggalah kepada pemuda yang baru sahaja kelihatan berjalan-jalan di pasar sehari sebelum kejadian.

Kami juga ada mengadakan lawatan ke beberapa hospital. Tidak sampai 5 minit kami di sana, kereta teksi 'ambulans' datang bertalu-talu membawa mangsa. Kami melihat dengan mata kami sendiri kanak-kanak terburai kepalanya sehingga terkeluar otak, ibu-ibu berdarah di perut dan di kaki terkena serpihan bom dan roket, pemuda- pemuda yang terkena peluru serangan hendap.

Kejadian yang berlaku di dalam Syria membuatkan saya tertanya-tanya, apakah manusia yang melakukan ini? Apakah tiada nilai kemanusiaan di dalam diri mereka? saya percaya sekalipun singa di hutan tidak akan menyeksa mangsanya sebigini teruk sebelum dibunuh. Di manakah umat Islam yang apabila pelukis Denmark menghina Rasulullah mereka bangkit marah, tetapi umat islam yang diseksa dan dibunuh beramai-ramai di Syria mereka membisu.

Saya cuba mencari sebab tentang persoalan ini, sehinggalah saya terjumpa satu hadith berkenaan akhir zaman

ما رواه الحاكم عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يخرج رجل يقال له السفياني في عمق دمشق، وعامة من يتبعه من كلب، فيقتل حتى يبقر بطون النساء أو يقتل الصبيان، فتجمع لهم قيس فيقتلها.... ويخرج رجل من أهل بيتي في الحرة فيبلغ السفياني فيبعث إليه جنداً من جنده فيهزمهم. قال الحاكم صحيح الإسناد على شرط الشيخين.

Diriwayatkan oleh Hakim dari Abu Hurairah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W : Akan muncul seorang lelaki dari pendalaman Damascus dipanggilnya Sufyani, kebanyakan yang akan mengikutinya daripada suku Kalb. Dia akan membunuh dengan merobek perut wanita dan membunuh kanak-kanak. Seorang daripada keluargaku akan muncul di Masjidil Haram, dan berita kedatangannya sampai kepada Sufyani dan dia akan menghantar kepadanya salah satu tenteranya. Dan dia (Imam Mahdi) akan mengalahkan mereka.
(Mustadrak Hakim mengikut syarat Bukhari dan Muslim)

Begitulah keadaan di Syria walaupun pada  4-2-2013, Ulama terkenal Yaman syekh 'Abdul Majed Zandaani mengulangi fatwanya bahawa adalah wajib bagi umat Islam di Syria berjihad menumbangkan rejim Assad yg terkenal dgn rekod MASSACRE silamnya....

REJIM yg telah membunuh puluhan ribu umat Islam Syria sejak lebih 40 tahun lamanya...sejak di era bapa Basyar- Hafiz Assad lagi...

Menurut beliau lagi malah wajib juga bagi negara2 yg berjiran dgn Syria supaya memberi kerjasama dgn membuka laluan bagi semua pihak termasuk pejuang asing yg ingin masuk ke Syria dlm membantu menumbangkan rejim pembunuh tersebut.- dipetik dari trangungkite.net

Tetapi siapakah yang mendengar seruan ini. Negara Islam sekitar membisu seribu bahasa. Tolak tepi Iraq dan lebanon kerana mereka adalah sekutu Assad. Negara arab lain yang berjiran dengan Syria juga tidak menghulur bantuan kepada FSA.  Semua takut kepada Amerika... mangkok punya pemimpin. Mujurlah beberapa kelompok pergerakan Islam persendirian yang datang dari pelbagai negara termasuk Turki, Palestine dan Checnya menglibatkan diri dalam peperangan ini bagi menambah tekanan kepada Assad dan tenteranya.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Mujahiddin

adios

1 comment:

  1. hamba pun percaya assufyani sedang mengganas di Syria.. tapi assufyani lebih kepada SYIAH itu sendiri. yg mengaku berjuang islam tetapi KALAU BENAR MEREKA PENGIKUT MUHAMMAD SAW, MEREKA TIDAK AKAN MENUMPAHKAN DARAH ORG TIDAK BERDOSA seperti di Syria.

    jelas akhirzaman semakin hamper. diramalkan Imam Mahadi sebenar akan muncul di dekad ini. dan dajjal akan keluar diakhir dekad ini.

    wawasan 2020 mahdey ade kena mengena dengan dajjal. dan mahdey adalah freemason. tu sebb memusuhi sunnah dan ulamak.

    ReplyDelete