Saturday, February 2, 2013

Mummia gadis Inca berusia 500 tahun masih utuh

Munia Gadis Inca yang telah beku selama 500 tahun sekarang dipamer di Salta, Argentina. Mereka dikebumikan di puncak gunung suram dan dingin pada 500 tahun lalu sebagai korban agama. Tubuh mereka digali pada tahun 1999 dari puncak gunung Llullaillaco yang berketinggian 22,000 kaki berhampiran sempadan Chile.

Tubuh-tubuh beku mereka adalah antara mumia yang berkeadaan terbaik yang pernah ditemui dengan organ-organ dalaman yang masih utuh, darah masih hadir dalam jantung dan paru-paru. Kulit dan ciri-ciri wajah kebanyakannya tidak terjejas.

Tiada proses pengawetan dilakukan kea atas mereka tetapi cuaca sejuk dan kering serta udara yang nipis melakukan telah mengekalkan keadaan mereka. Mereka mati kerana mereka tidur dan 500 tahun kemudian masih kelihatan seperti kanak-kanak tidur.









adios

No comments:

Post a Comment