Saturday, February 2, 2013

Menanti Kehadiran Kucing Bengal Original Made in Malaysia

Mungkin orang-orang kaya dah lama membela kucing bengal manakal orang-orang sederhana sudah lama mengidam hendak memiliki seekor kucing bengal. Bezanya mereka dengan gua ialah mereka telah lama mengetahui tentang bengal manakala gua pula baru jatuh cinta dengan kucing bengal sejak enam bulan lalu apabila melihat kucing bengal marble milik bapa saudara gua di seksyen 17 Shah Alam.

Sejak itu kepala otak gua banyak memikirkan bengal.Setiap kali buka laptop perkara pertama yang gua 'search' ialah keyword "bengal for sale". Macam-macam rupa kucing bengal gua sudah lihat di pelbagai laman web. Tidak terlepas juga pelbagai web iklan seperti di OLX dan mudah.com. Semuanya gua terjah demi mencari kucing bengal impian berharga ikut kemampuan gua.

Perasaan marah dan benci tidak dapat diungkap di sini apabila pengiklan yang mengiklankan kucing bengal mereka tidak menjawab panggilan."celaka, soal macam ni pun diorang nak buat scam! Apa diorang dapat?" Itulah bentak hati gua apabila panggilan tidak berjawab. Banyak iklan di OlX dan mudah.com merupakan iklan palsu. haramjadah punya manusia.. buat rugi credit gua saja. Begitulah nasib gua sejak enam bulan yang lalu.

Kititunkat adalah sebuah laman web milik seorang wanita dari Kelantan yang menternak bengal baka asli untuk tujuan komersil. Gua tak pernah call dia kerana anak kucing bengal jualannya berharga RM3000 ke atas untuk yang telah dikasi (neutered). Anak kucing bengal yang tidak dineutered pastinya dua atau tiga kali ganda harga itu. Tidak dinafikan itulah harga sebenar anak kucing bengal baka asli tanpa kacukan dengan baka lain.

dari blog kittitunkat
Di Bawah adalah kucing impian kittitun. Mereka sedang berusaha menghasilkan kucing sepertinya melalui pelbagai idea kacukan. Bayangkan berapa harga kucing seperti ini jika ianya berjaya dihasilkan.

dari blog kittitunkat
Idea buat rakan-rakan yang tinggal di kampung terutama felda

Kucing batu terdapat banyak di ladang kelapa sawit. Semasa gua mengikut abang gua berburu ayam hutan dan landak di ladang kelapa sawit, kami sering terserempak dengan kucing batu. Jika ada yang terjumpa anak kucing batu ini jangan dibuang. Peliharalah dengan penuh kasih sayang. Kucing batu boleh dijinakkan terutama jika dipelihara sejak kecil.

Biasanya setelah berumur setahun enam bulan kucing mula miang hendak mengawan. Carikanlah pasangan yang sama besar dengannya. Atau beli sahaja kucing bengal kacukan kerana walaupun kacukan ia tetap bertubuh besar cuma corak dan warnanya tidak menarik.

Anaknya kelak dikacuk semula dengan ibu /bapanya (kucing batu) . Generasi kedua ini lebih cantik warnanya disamping mengekalkan ciri-ciri kucing batu yang semulajadi seperti tompokan pada bulu, bulu berkilau, garis hitam di dahi, bersaiz besar, berekor kukuh dan bermata besar.

Jika bernasib baik anda akan dapat menjualnya kepada manusia-manusia kaya di seluruh dunia. Bina laman web sendiri dan pamerkan gambar-gambar kucing anda. Lebih menerik jika anda dapat menyertakan video kucing-kucing anda.


dua spesis kucing batu yang terdapat di negara kita

Gua akan berbangga jika ada anak bangsa yang berjaya mendapat perhatian dunia dengan memanipulasi kewujudan alam semulajadi negara kita. Walau orang amerika telah mengorak langkah pertama namun kita sebagai warga Malaysia yang memiliki kucing batu tidak terlambat untuk mengorak langkah lebih maju dalam industri haiwan kesayangan berasaskan kucing batu.


Selepas anda kaya jangan lupa bagi gua sepasang kucing bengal hasil tempatan... wakaka


*** Di luar negara orang dah mula ternak kucing batu asli tanpa kacuk untuk dijual sebagai 'pet'
Gua bengang .. kita punya kucing orang lain buat duit..***


adios

No comments:

Post a Comment