Wednesday, February 27, 2013

Kenyataan Harun Din ini pasti membuat ramai pencacai masuk tanjung... wakaka

Sah semua itu fitnah dari musuh musuh Pas,dengan tujuan dan harapan agar jemaah didalam parti Pas jadi kacau serta tak keruan disaat genting parti Pas untuk menghadapi pilihan raya.

Semua media dan para blogger serta facebookers Umno telah mensensasikankan isu Timbalan Mursyidul Am PAS Dr.Haron Din bakal meninggalkan parti sehingga meresahkan semua ahli jemaah Pas .

Hari ini telerai sudah khabar angin palsu itu mengenai Dr Harun Din meninggalkan Parti Pas apabila beliau menakfikan semua cerita tersebut .

Dr.Harun Din berkata bahawa beliau "Melawak pun tidak pernah, bercakap pun tidak pernah,memang tidak terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS" Selepas bersama dalam perjuangan bersama Pas" .

Menurut Dr.Harun Din lagi "orang sengaja buat berita sensasi di waktu saya masih ada. Saya tidak ada niat menjelaskan kepada akhbar kerana saya percaya ia tidak akan menyelesaikan masalah, dan kadang-kadang boleh menjadi lebih buruk lagi. Sebelum ini dua tiga kenyataan saya diterbalikkan dan ini cukup memalukan....

Bila aku terbaca akan penjelasan dari Timbalan Mursyidul Am PAS ini hati aku cukup puas dan berasa lapang dada,

Maka selesai satu masalah dengan jawapan itu... batu vs kayu

wakaka.. berangan tak sudah cybertrooper umno ni. Teringin sangat nak tarik Dr. Harun Din menyertai Nasha dan Hassan Ali...

Dr.Harun Din tu bukan macai jauh sekali bingai. Dia proffesor yang jauh lebih bijak daripada pencacai dalam sudut ilmu...

Apalah agaknya perasaan blogger fitnah tersebut jika membaca kenyataan Dr Harun Din ini. Tak pernahkah rasa malu sekurang-kurangnya pada diri sendiri. Dosa pada tuhan telah lama mereka abaikan. Dosa dengan manusia pula tak menjadi masalah bagi mereka..

adios

No comments:

Post a Comment