Wednesday, February 20, 2013

Jenniffer Lopez jadi duta kempen pilihanraya Pakatan Rakyat

Jennifer Lopez mempromosi Pakatan Rakyat

Penyanyi dan pelakon popular Hollywood yang berkunjung ke Malaysia pada Disember lalu bagi mengadakan persembahan di Stadium Merdeka adalah seorang selebriti tua yang masih jelita.

Selebriti yang memiliki insuran punggung bernilai USD200 juta itu diberitakan dilantik sebagai duta Pakatan Rakyat dalam menghadapai PRU 13. Dalam gambar di atas beliau mempromosi  kempen 'UBAH'  Undilah Pakatan Rakyat.

Ramai facebooker tidak setuju dengan perlantikan ini kerana membawa imej buruk kepada PR. Rata-rata mereka berharap pihak kepimpinan PR menilai kembali perlantikan tersebut dan memilih selebriti lain yang mempunyai imej lebih bersih.

Antara seleebriti yang dicadangkan adalah penyampai berita ABC news Amerika berketurunan arab iaitu Noor Tegouri yang berhijab. Noor merupakan penyampai berita pertama di Amerika yang memakai hijab. Selain memiliki kecantikan dan berperibadi muslim, beliau juga petah bercakap dan pastinya dapat menarik perhatian.

Namun itu hanyalah labun di facebook yang membuatkan ramai tertanya-tanya, "Betul ke?" Apabila disemak gambar tersebut adalah hasil photoshop seseorang yang berkemahiran dan sangat teliti. Nampak macam real. Sehingga tiada kecacatan dapat dilihat dalam gambar photoshop karyanya.

Itu semua tak penting. Yang penting adalah ayat yang tertulis pada kertas yang dipegang Jenifer Lopez itu. "Undilah Pakatan Rakyat" wakaka

Siapa punya kerja tidak diketahui. Gambar asal boleh dilihat di SINI

Ingatlah pesanan JLO
Undilah pakatan Rakyat demi Malaysia yang lebih baik.

adios

No comments:

Post a Comment