Monday, February 11, 2013

Gambar -6000 Sambut Anwar di Sabah Hari ini

Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.

Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah. Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.

Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau. Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan ‘Ini kalilah!’.

Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah. Diikuti Forum Perdana Suara Anak Sabah (Suasa) di Restoran Pelancongan, Keningau.

Anwar Ibrahim naik helikopter ke Ranau

Disambut meriah oleh penduduk Kg. Panginatan, Ranau. Ini kalilah!

Anwar Ibrahim sedang berucap di Kg. Panginatan, Ranau

Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Dato' Lajim Ukin dan 
Thamrin Jaini menaiki helikopter dari Ranau untuk ke Keningau.

Program bersama Suara Anak Sabah (SUASA) di Keningau

Hari ni dalam sejarah DSAI sambut CNY di Kenigau Sabah 
dgn kehadiran  6000 hadirin dgn laungan INIKALILAH..

adios

No comments:

Post a Comment