Tuesday, February 26, 2013

Faizal Tahir cari pasal- Bantu Yasin rakam lagu "reformasi"


Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini. Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini. Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.

Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional. Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.-HD




Diberitakan bahawa Faizal Tahir adalah pemain gitar yang dimuatkan dalam video ini. Oleh kerana 'reformasi' adalah lagu politik memihak pembangkang atau parti lawan kepada bn maka secara amnya ia adalah menyalahi peraturan tak bertulis stesen-stesen penyiaran kawalan umno. Artis-artis yang terlibat dengan aktiviti seperti ini adalah penderhaka.

Artis membantu PR pasti hilang sumber rezeki dari stesen tv dan radio kawalan umno bn. Apa nasib Faizal Tahir selepas ini? Walau pun jika dilihat dari sudut seni, Faizal Tahir hanya mencari rezeki dengan muzik. Mengambil upah bermain muzik dalam penerbitan video tersebut.

Stesen tv dan radio adalah sumber publisiti utama bagi setiap pengiat seni di mana-mana negara sekali pun. Jika seseorang digam daripada stesen tv dan radio, kemungkinan untuk 'bungkus' awal adalah tinggi.

adios

adios

No comments:

Post a Comment