Friday, February 15, 2013

Samseng di Pekan - Norfatehah Siswi dakwa samseng tarik tudung

Update terkini

Berita sebelum



























Hari ini 15/02/2013 sekitar jam 3 petang tadi kumpulan Mahasiswa GM13 telah diganggu oleh Pemuda UMNO dilokasi bandar Pekan. Pemuda UMNO Pekan bersama dengan ahli mereka telah mengepung mahasiswa dan mendesak mereka untuk keluar dari Pekan serta-merta. Kekecohan juga berlaku apabila ada ahli PAS cuba menasihati kumpulan Pemuda UMNO ini supaya bertenang kerena kejadian ini berlaku ditengah bandar Pekan dan betul-betul di bawah Pejabat PAS Kawasan Pekan.

Dalam kekecohan tersebut ada ahli GM13 dikasari dan ditampar dan ada mahasiswa ditarik tudung. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku didalam sebuah negara demokrasi dan berlaku pula di Parlimen Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Beberapa ahli PAS yang kebetulan berada di situ membantu mengiring Mahasiswa untuk kembali ke penginapan mereka di Kg. Rompin Lama dan diiringi sebuah kereta peronda Polis. Kumpulan Pemuda UMNO ini kemudian mengekori Mahasiswa ke penginapan mereka dan menunggu seolah-olah mendesak untuk Mahasiswa mesti keluar dari Pekan petang ini juga.

Sementara itu 30 orang mahasiswa dilaporkan dikepung di Madrasah Husna, Pekan Pahang. Samseng dilaporkan mengepung mereka di luar perkarangan surau.





maklumat baru akan meyusul

Antara mahasiswa yang dikepung 



maklumat dari fb

Tarik baju dan tudung siswi adalah pencabulan ke atas wanita. 
Apa lagi dilakukan di tempat terbuka dan disaksikan oleh ramai orang. 


adios

No comments:

Post a Comment