Wednesday, February 27, 2013

'Cuca Bangkai' itu ada pendamping - Dr Harun Din


Kata-kata Prof.Dr Harun Din itu adalah sebagai kiasan bagi membalas permintaan cai seperti yang terkandung dalam sms di bawah.

Memang kelakar mamat ni. mintak balas jasa????

Nak tau kehebatan Harun Din? baca jap....


























Cuca Bangkai adalah satu ilmu pertahanan diri yang menggunakan salah satu daripada 99 nama Allah iaitu Jabar bersama-sama ayat lain.

Dr Harun Din suatu ketika adalah seorang yang sering mengunjung rakannya yang juga pemilik Syarikat Percetakan Watan di Kampung Baru, Kuala Lumpur iaitu tempat abang gua bekerja.

Harun Din pada masa itu masih gagah tanpa mengidap penyakit. Beliau seorang yang gemar berburu dan memancing. Beliau mempunyai kehebatan menembak dari kenderaan yang bergerak walaupun motosikal.

Diceritakan oleh saudara kandung gua yang pernah berburu dengannya di sebuah hutan di Pahang, beliau mempunyai kemampuan memanggil ikan toman supaya timbul dengan bersiul. Sebaik ikan-ikan toman itu timbul salah seorang daripada mereka menembak dengan peluru tabur. Banyaklah ikan toman yang dibawa pulang.

Selain ikan toman, abang gua membawa pulang dua ekor kancil (tak berapa pasti sama ada kancil atau napoh sebab gua tak ambil pot sangat kerana yang penting dapat makan... wakaka) Itulah pertama kali gua makan kancil.

Diceritakan oleh abang kandung gua bahawa Dr Harun Din mengarahkan dia meninggalkan ilmu 'cuca bangkai' kerana ilmu itu ada pendamping iaitu jin. Yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana beliau tahu bahawa abang gua mengamalkan ilmu tersebut sedangkan abang gua tidak pernah menceritakannya.

Adakah beliau nampak jin yang mendampingi abang gua??? (Diberitakan beliaulah yang bertanggungjawab memindahkan ratusan jin dari tapak Putrajaya menggunakan beberapa buah bas)

Oleh kerana gua turut mengamal ilmu yang sama walau pun masih terlalu muda (19 tahun), abang gua mengarahkan gua meninggalkan ilmu tersebut. Dah orang alim kata tak elok maka gua dan abang telah mengabaikan ilmu tersebut. Sekarang ni yang tinggal pada gua adalah tawakal pada ALLAH sahaja di samping kudrat tulang empat kerat pinjaman dariNYA.

**sesiapa yang masih amal , eloklah tinggalkan..

 adios


No comments:

Post a Comment