Saturday, February 16, 2013

Australia mahu senatornya dibebaskan

SEPANG, 16 Feb ― Canberra mahu pembebasan segera senator Nicholas Xenophon yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) hari ini.

Xenophon ditahan di LCCT dan dijangka akan dihantar pulang kerana pihak imigresen menganggap beliau sebagai “risiko keselamatan”.

“Kebimbangan Australia telah dikemukakan kepada Menteri Luar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia.

“Kerjasama mereka diminta untuk memastikan Senator Xenophon dibebaskan dari tahanan,” kata Menteri Luar Australia, Bob Carr (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

“Penahanan Senator Xenophon memeranjatkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia anggap rakan diplomatik yang kuat,” katanya lagi.

Xenophon tiba di Malaysia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu hadapan bagi membincangkan sistem pilihan raya Malaysia, kata pegawai kanan Anwar, Ibrahim Yaacob hari ini. TMI

No comments:

Post a Comment