Sunday, February 3, 2013

Apa ada dengan Ustaz Azhar Idrus? 50ribu hadiri ceramahnya di Kuantan.















Ustaz Azhar Idrus adalah seorang lelaki biasa. sempoi-sesempoi manusia yang bergelar ustaz.
Miliki personaliti yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat. Tua dan muda, wanita dan
kanak-kanak semua dapat menerima kuliah ustaz Azhar Idrus. Ke mana sahaja dia pergi pasti
ceramahnya mendapat sambutan.

Ustaz Azhar Idrus tak perlu jadi artis untuk menarik anak muda ke arah keagamaan, mencintai
Islam dan menjadi insan soleh dan solehah. Malaysia perlukan lebih ramai ustaz yang begini.
Tak perlu usia tua baru nak jadi uztaz.

Method dalam menyampai ilmu perlu selaras dengan personaliti. Tanpa personaliti, kaedah penyampaian yang dilakukan akan kelihatan kaku dan tampak berpura-pura.

semua golongan pendakwah perlu ada nilai personliti yang menarik. Bukan bermakna wajah
perlu cantik dan hensem tetapi jika memilikinya ia adalah kelebihan.

Ustaz Don Danial adalah antara yang punya personaliti gemilang sebagai seorang guru,
pendakwah, dan penyampai agama Allah. Semoga beliau terus berjaya seperti Ustaz Azhar Idrus

adios

No comments:

Post a Comment