Saturday, February 23, 2013

Akhirnya Fadzilah Kamsah mohon maaf

Berikut adalah kenyataan media dari Pakar Motivasi negara, Dr. Fadzilah Kamsah mengenai video yang tersebar di YouTube baru-baru ini yang telah mengundang kritikan dan kutukan banyak pihak.

Selain dari dirinya sendiri yang menerima kritikan, kaum keluarganya juga telah menjadi sasaran, sedangkan yang menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan cara PAS berdoa itu adalah beliau.

Dalam kenyataan media ini selain dari meminta maaf terhadap pihak yang terguris dengan kata-katanya itu beliau juga dengan rendah diri memohon agar individu yang telah memuatnaik video tersebut ke dalam YouTube supaya memadamnya.

Dan beliau juga memohon agar semua individu yang telah memuatnaik gambar-gambar yang mengaibkan keluarganya itu supaya memadamkannya..

Sebahagian dpd KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam


Baca kenyataan penuh beliau di blog anak sungai derhaka

adios

No comments:

Post a Comment