Saturday, January 4, 2014

Ahlul Bayt dari Yaman - Al Habib Omar Bin Hafidz

Sebelum ini gua ada menyiarkan tentang nasab Sultan Kelantan yang didakwa berketurunan Rasulullah S.A.W di SINI Kini gua menemui seorang lagi Ahlul Bayt yang bergelar ulama dari Yaman.

Al Habib Omar Bin Hafidz (ahlul bayt) mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz 


Nasab
Beliau adalah al-Habib ‘Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abd-Allah putera dari Abi Bakr putera dari‘Aidarous putera dari al-Hussain putera dari al-Shaikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari ‘Abd-Allah putera dari ‘Abd-al-Rahman putera dari ‘Abd-Allah putera dari al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Daweela putera dari ‘Ali putera dari ‘Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari ‘Ali putera dari Muhammad Sahib al-Mirbat putera dari ‘Ali Khali‘ Qasam putera dari ‘Alawi putera dari Muhammad putera dari ‘Alawi putera dari ‘Ubaidallah putera dari al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad putera dari ‘Isa putera dari Muhammad putera dari ‘Ali al-‘Uraidi putera dari Ja'far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari ‘Ali Zain al-‘Abidin putera dari Hussain sang cucu laki-laki, putera dari pasangan ‘Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w.- wiki

Sedikit kesalan

Mengapa  Al Habib Omar Bin Hafidz mengunjungi TGNA? Adakah beliau tidak mengetahui bahawa TGNA adalah seorang individu yang digelar sebagai seorang ulama sesat oleh penyokong-penyokong UMNO.

Sebagai seorang yang berakal dan waras kita seharusnya tidak terikut-ikut dengan sesiapa sahaja yang menuduh seseorang ulama itu sesat hanya kerana dia berbeza fahaman politik dengan kita. Dalam situasi ini adakah  Al Habib Omar Bin Hafidz juga akan dikatakan sesat kerana mengunjungi TGNA dan berdoa bersama dengannya. Adakah seorang Ahlul Bayt akan mengunjungi tanda hormat kepada seorang ulama sesat setiap tahun? Kepada rakan-rakan yang pernah menyatakan bahawa TGNA seorang yang sesat, cuba fikirkan semula kewajarannya.

Dalam Islam ada ditunjukkan tanda-tanda orang yang sesat, terbatal syahadah dan kafir. Terdapatkah ciri-ciri itu pada TGNA?

adios

No comments:

Post a Comment