Saturday, January 4, 2014

World Riot - Lesbian lancar Protes Separuh Bogel bantah Vatican

Empat aktivis wanita dari pergerakan wanita Ukrain Femen yang merupakan penyokong perkahwinan sesama jantina  mengadakan mogok separuh bogel sebagai bantahan kepada Vatican yang menolak perkahwinan sesama jantina. Protes itu diadakan di hadapan Pope Benedict XVI yang sedang mengepalai sembahyang mingguan dari tingkap pangsapurinya di St. Peter's Square, Vatican pada 13.Januari 2013.


Mereka ini jugalah yang mencetus kemarahan golongan anti perkahwinan sesama jantina di Paris pada 18 Nov 2012 dimana mereka telah dibelasah teruk oleh golongan anti gay dan lesbian.



Sementara itu di Paris pada 13.1.2103 polis menyatakan seramai 340,000 orang mengadakan protes terhadap keputusan kerajaan Perancis membenarkan perkahwinan sesama jantina. Protes yang didakwa penganjur dihadiri seramai 800,000 orang itu telah menunjukkan kerjasama golongan kristian dan Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini.



Rata-rata agama langit menolak cara hidup gay dan lesbian. Di Malaysia kebanyakan pengamal gaya hidup tersebut adalah melayu yang mengaku Islam. Terdapat satu kes di mana seorang lelaki yang telah menukar jantinanya dan berkahwin dengan lelaki British mengaku masih menunaikan solat dan berpuasa. 

Masih beragama Islam kah mereka? Bukankah nabi Muhammad tidak mengakui golongan ini sebagai umatnya? wallahua'lam

Bagi anda yang meminati berita riot di seluruh dunia yang tidak tersiar di suratkhabar dalam negara sila baca di worldriot 24/h


adios

No comments:

Post a Comment