Saturday, January 19, 2013

Video ni sahkah Fathul Bari tak konsisten - boleh bergelar ulama ke?



Bagi yang malas nak tengok video kat atas tu baca tulisan dalam gambar ni cukup. Sebijik seperti dalam video di atas.



Gua cuma nak jelaskan kepada tuan-tuan, apabila seseorang mengatakan kita tidak bijak bermakna dia bermaksud mengatakan kita bodoh. Apabila cikgu mengatakan anak tuan tidak pandai bermakna dia bermaksud anak tuan bodoh.Cuma cara penyampaiannya lebih berhemah dalam menyampaikan maksud yang buruk.

Begitu juga dengan FBi (Fathul Bari). Dia mengatakan ayat "adakah ini sesuai dengan adab berdoa?" dia sebenarnya menyampaikan maksud si polan telah tidak beradab semasa berdoa.

Dengan izin Allah yang maha kuasa, kebenaran terserlah jua. FBi sendiri mendoakan yang sama kepada orang yang menyebarkan perkahwinannya di FB.

Sebelum FBi, Datin Azizah juga pernah mengucapkan doa tersebut.

Doa Saad bin Abi Waqas kepada seorang yang pernah memfitnahnya; "Ya ALLAH Ya Tuhanku, Sekiranya Lelaki Ini Pembohong, maka, Panjangkanlah Usianya, panjangkanlah kefakirannya, dan timpakan keatasnya fitnah."
(Sahih Imam Al-Bukhari)

Dengan doa yang sama AKak Wan tujukan kepada pemfitnahnya;

"Jadi saya doakan kepada orang yang sebarkan persondolan suami saya dengan tujuan untuk mengaibkan saya, memalukan saya, dengan tujuan menimbulkan persepsi negatif tentang perkahwinan saya ini, maka saya doakan dengan doa Saad bin Abi Waqas"

Gua tak berminat dengan perkahwinan ke dua FBi. Rezeki dialah nak berbini dua. Gua pun nak jika itu rezeki Allah untuk gua.... wakaka. Tapi yang gua cuba sampaikan ialah pendirian FBi sendiri. Apabila terkena kepada dia dan kumpulannya, maka dia kata doa sedemikian tidak beradab. Apabila ke atas orang lain FBi sendiri pula yang mendoakan doa Saad Abi Waqas yang dikatakannya tidak beradab.

Jelas bagi gua FBi tiada kredibiliti sebagai pendakwah atau ustaz, apatah lagi untuk bergelar ulama. Oleh itu abaikan FBi. Carilah ustaz-ustaz lain untuk dijadikan guru dalam mana-mana majlis ilmu.

Dulu Kak Mah kata beli cincin dgn duit tabung sekarang kata tak ada cincin.


adios

No comments:

Post a Comment