Monday, January 28, 2013

Undi orang MATI untuk bantu BN tawan Selangor


Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900. Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.

Contoh, seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) masih ada dalam senarai pengundi..

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari.

Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki. Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.

SPR perlu mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan. Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya kerajaan tempatan inipun diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan rakyat walaupun secara paksa.

PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku membeli kad pengenalan di mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih.Klik (http://chegubard.blogspot.com/2012/10/gempar-warga-asing-beli-kad-pengenalan). Turut menjadi  persoalan ialah, bagaimana nama dan no kad pengenalan dalam senarai pengundi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara.

Kepada parti - parti politik melawan BN ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan. Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.

Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya. Jawatankuasa BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan perbagai pihak. Perjuangan BERSIH bukan milih satu - satu pihak tetapi milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya. Regim pekak ini harus diasak dengan berani

"bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia"

Satu perkara yang harus diambil kira oleh pemimpin-peminpin PR. Artikel ini tidak diketahui asal usulnya tetapi diperoleh dari Facebook. Persoalan yang ditimbulkan sangat munasabah oleh itu gua memilih untuk menyiarkannya.-GeloraHatiMuda


Hubungan Amerika dan Fatah dalam Kemelut Mesir


Dr. Aafia  dirogol, disiksa dalam tahanan Amerika laknatullah


adios

No comments:

Post a Comment