Friday, January 18, 2013

SPRM tak ambil keterangan tapi minta BUKTI dpd Deepak.

PUTRAJAYA, 18 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil sebarang keterangan daripada usahawan karpet Deepak Jaikishan hari ini sebaliknya mengarahkan beliau untuk menyerahkan semua dokumen dan bukti melibatkan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua oleh P Balasubramaniam untuk mereka meneliti dan membuat siasatan.

Deepak yang ditemui di pejabat agensi tersebut di Putrajaya memberitahu kepada wartawan bahawa semasa pertemuan dengan pegawai SPRM beliau telah diarahkan untuk menyerahkan bukti pada Selasa atau Rabu minggu depan.

“Hari ini tiada keterangan diambil oleh SPRM, saya pada mulanya ingatkan mereka akan ambil keterangan hari ini.

“Tetapi, pegawai yang mengendalikan kes saya menyuruh saya untuk pulang dan datang semula pada minggu depan untuk menyerahkan semua bukti dan dokumen,” kata Deepak kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya bentuk dan jenis dokumen yang akan diserahkan, Deepak akan menyerahkan beberapa bentuk dokumen perjanjian dan juga kewangan yang melibatkan SD kedua Bala.

“Dokumen yang akan diserahkan mungkin seperti perjanjian dan kewangan,” terang beliau.
Dalam laporan The Malaysian Insider awal hari ini, Deepak menyatakan telah menerima arahan supaya hadir ke pejabat SPRM bagi memberikan keterangan melibatkan SD kedua oleh Bala berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.- TMI

Nak buat apa bukti-bukti tu? Jangan ambil untuk dilupuskan sudah la... wakaka

adios

No comments:

Post a Comment