Thursday, January 24, 2013

Shakira Namakan anaknya Milan Mebarak

23 Jan – Pelantun lagu "Hips Don't Lie", Shakira dan teman lelakinya, Gerard Pique telah menyambut kelahiran anak lelaki sulung mereka, Milan Pique Mebarak pada 22 Januari 2013, 9.36 malam (waktu tempatan) di Barcelona, Sepanyol.

Dipetik dari E!, penyanyi kelahiran Colombia telah mengumumkan berita kelahiran anaknya itu melalui laman sesawang rasminya.

"Nama Milan (disebut sebagai MEE-lahn) bermaksud penyayang, baik dan berbudi pekerti dalam Slavik, teruja dan kerja keras dalam Roman dan bersatu dalam Sanskrit.

"Seperti ayahnya, Milan telah menjadi ahli kelab peminat Barcelona selepas lahir. Pihak hospital telah mengesahkan bahawa berat anak pertama pasangan ini dalam anggaran 3.17 kilogram dan ibu serta anak dalam keadaan yang sihat."

Penyany Colombia yang berketurunan Lebanon(sebelah bapa)itu yang nama sebenarnya Shakira Isabel Mebarak Ripoll telah meminta sokongan dan doa daripada semua peminatnya.

"Saya ingin anda menemani saya dalam doa anda pada hari yang sangat penting dalam hidup saya."

Shakira dan teman lelakinya, pemain bola pasukan Sepanyol dan FC Barcelona yang berkongsi tarikh hari lahir sama iaitu 2 Februari mula menjalinkan hubungan sekitar Mac 2011. Shakira, 35, dan Pique, 25, mengesahkan bakal menimang cahaya mata pada September 2012.-tupai.com

adios

No comments:

Post a Comment