Tuesday, January 22, 2013

Setiap warga Singapura yang baru lahir akan terima wang minima $6000

SINGAPORE NAIKKAN BONUS TINGGI LAHIR ANAK - Ibu yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi akan mendapat ganjaran lumayan daripada kerajaan berikutan langkah memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.

Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. Syarat ini tertakluk untuk anak pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).

Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum ini.

Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).

Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. Di bawah pakej yang diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan.

Lain pulak di Malaysia, Kerajaan suruh beranak banyak-banyak untuk capai 70 juta penduduk tapi sekupang pun tak bagi.  Apa nak buat terima saja la...wakaka

adios

No comments:

Post a Comment