Thursday, January 31, 2013

Self-fulfilling prophecy:: Telahan Najib bakal terkabul sendiri

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengatakan hari ini beliau menjangkakan pembangkang akan mengkritiknya kerana beliau mencadangkan Permata diberikan tugas untuk membantu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak kerana melibatkan isternya.

Bercakap dalam seminar disini, perdana menteri mencadangkan Permata, yang mana isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalah penaung, bekerjasama dengan Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) untuk mendirikan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

“Lupakan (fakta tentang) isteri (saya) yang terlibat. Kerja dengan Permata kerana ia adalah program untuk pendidikan awal,” kata Najib dalam ucapannya semasa di seminar “Wanita Sebagai Pemandu Transformasi” disini.

“Tetapi kita tahu pembangkang akan memperkecilkannya jika Permata terlibat. Pembangkang, mereka tidak konstruktif. Mereka hanya tahu untuk memperkecilkan semua perkara.”

Rosmah telah dikaitkan dengan beberapa pertuduhan rasuah termasuklah pertuduhan pengelibatannya sebagai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dimana beliau seringkali menafikannya.

Isteri perdana menteri itu juga dituduh mempunyai kekayaan luar biasa sehingga terpaksa menafikan baru-baru ini pernah membeli cincin berlian berharga RM24juta.-TMI

Self.- fulfilling prophecy
Telahan Najib bakal terkabul sendiri. Najib sedar bahawa memberi projek kepada badan naungan Rosmah bakal mengundang padah. Kontroversi yang melanda Rosmah telah reda sekarang ini. Nama rosmah sudah jarang disebut atau ditulis dalam media. Kehadiran projek dari suami untuk isteri pastinya dilihat tidak telus dan menundang kritikan pedas daripada masyarakat.

Selain permata, projek itu boleh dilaksanakan oleh badan-badan lain dalam kerajaan umpanya Kementerian Wanita. Fokus pun adalah wanita. Untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Eloklah biar sahaja Kementerian wanita yang buat.

adios

No comments:

Post a Comment