Sunday, January 6, 2013

Rupanya Najib Tahu Umno BN Akan Kalah PRU13

Najib seolah-olah mengetahui hayat politiknya semakin dekat. Petanda yang paling besar ialah, apabila Najib tidak mebubarkan parlimen sehingga ke hari ini. Menjadi sejarah dalam negara kita apabila tempoh parlimen sampai ke penamatnya.

Dan petanda yang terbaru ialah apabila Najib mengumumkan pelancaran KLIA2 pada 28 Jun 2013, iaitu tarikh sama pelancaran KLIA pada 1998. Saksikan ucapan minta simpati Najib di bawah..
KLIA2 dibuka 28 Jun, kata Najib

SEPANG, 5 Jan - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa lapangan terbang penerbangan kos rendah yang baharu, KLIA2, akan dilancarkan pada 28 Jun ini, bersamaan dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.

Perdana Menteri berkata lapangan terbang itu dijadual siap pada Mei tahun ini, tetapi operasi tidak akan tergesa-gesa kerana terdapat beberapa isu untuk diselesaikan sebelum pembukaannya.

“Kita perlu menyelesaikan beberapa masalah dengan terminal baru dan apabila ia sedia, maka KLIA2 akan beroperasi sepenuhnya,” kata beliau.

“Sebagai sasaran, saya memutuskan ia perlu sama dengan tarikh pembukaan KLIA. Mudah-mudahan, saya akan berpeluang untuk membuka KLIA2 pada 28 Jun.”

Najib berkata demikian pada majlis pelancaran pesawat dengan seragam khas 1Malaysia AirAsia yang direka khas untuk memperingati permulaan Program Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia di LCCT (Terminal Penerbangan Kos Rendah) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad.

Bashir berkata MAHB mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri untuk tidak tergesa-gesa membuka KLIA2 dan bersamaan dengan tarikh perasmian KLIA.

Beliau berkata semua isu berkaitan dengan lapangan terbang baharu itu dijangka diselesaikan sebelum tarikh pembukaan untuk mengelakkan walaupun sebarang masalah kecil semasa operasi.

“Kita tidak mahu tergesa-gesa. Saya fikir Perdana Menteri mempunyai pemikiran yang sama. Kita telah melihat banyak lapangan terbang di seluruh dunia gagal kerana mereka tergesa-gesa beroperasi.

“Adalah sesuatu yang menarik juga jika tarikhnya sama (KLIA dan KLIA2), kerana ia akan menjadi sambutan berganda bagi kami di MAHB,” kata Bashir.

KLIA2 yang dibina pada RM3.6 bilion adalah untuk menampung pertumbuhan pesat yang dijangka dalam perjalanan kos rendah, meliputi kawasan lebih 257,000 meter persegi dan dijangka mengendalikan maksimum 45 juta penumpang setahun.

Lapangan terbang itu akan mempunyai 60 pintu, 80 jambatan udara serta ruang perniagaan meliputi 32,000 meter persegi untuk 225 kedai runcit. ~bernama

terima kasih kepada  Addin http://addin77.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment