Friday, November 8, 2013

Rozita Che Wan dan Raja Azmi bakal diburu pesakit kayap

Penerbit sensasi, Raja Azmi bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi apabila dia bakal berkahwin dengan seorang gitaris berusia 27 tahun yang bernama Hafiz Zain.

"Saya bersedia untuk berkahwin pada bila-bila masa saja, malah hari esok pun boleh. Kalau boleh, Hafiz pun inginkan yang sama, tetapi buat masa ini dia mahu kumpul duit dahulu. Dia nak kahwin menggunakan duit sendiri, bukan duit saya," ujar Raja Azmi kepada Harian Metro.

Sebelum ini Rozita Che Wan yang lebih mesra dipanggil Che Ta dikhabarkan akan menikahi Zain Saidin seorang lelaki yang 13 tahun lebih muda daripadanya seperti yang tersiar di SINI.

Kedua-dua janda glamour ini akan berkahwin dengan lelaki bujang trang tangtang. Menurut kepercayaan masyarakat melayu setiap janda yang berkahwin dengan lelaki bujang akan mempunyai kelabihan semulajadi akibat daripada perkahwinan mereka.

Mereka dipercayai akan mempunyai kelebihan untuk mengubati penyakit kayap dengan hanya berselawat sebanyak tiga kali dan meniup air   kelapa muda yang kemudiannya disembur dengan mulut ke kedudukan kayap pesakit atau isi kelapa muda yang dikunyah dan disembur ke kedudukan kayap. (ingat petua ini.... mujarab wa cakap lu. Tapi pastikan orang yang melakukannya adalah janda yang telah berkahwin dengan lelaki bujang)

Oleh yang demikian, jangan terperanjat sekiranya kedua-dua janda ini akan diburu pesakit kayap.

Kepada pesakit kayap, gua nasihatkan supaya berurusan dengan suami mereka terlebih dahulu sebelum kena penerajang... atau

flying kick dua belah kaki... "watchaa!!!"


wakaka
Ketawa, ketawa jugak. Tapi ini adalah petua mujarab yang patut anda semua ingat. Mana tahu ada orang terdekat terkena penyakit kayap. Awas! Kayap juga boleh membunuh terutama kayap tali pinggang atau kayap ular
adios

1 comment:

  1. salam, cubalah krim mutiara bumi dgn izinNya telah terbukti berkesan untuk kayap. disapu rasa sejuk, hilang/kurang gatal dan rasa pedih dlm 1@2hari sudah mulai kering. Utk mncuba hubungi Hj Man 0134389413. Harga murah je cuma RM 12.00 satu..tk

    ReplyDelete