Sunday, January 20, 2013

Pensyarah Ni nak makan pengat kot... berani sangat

Beliau memang mengucapkan pandangannya sebagai seorang pembudaya akademik tanpa mengaitkan politik.Tetapi ungkapan "tragedi tersebut cerminan kerajaan melahirkan graduan kelas kedua" adalah tuduhan berat kepada kerajaan terutama dalam keadaan parti pemerintah menghadapi tekanan berat dari pelbagai sudut. Ungkapan tersebut akan ditafsir sebagai membuka pekung parti pemerintah.

Pendidik sejati seperti ini memang hanya ada 1 dalam 1000. Ramai warga pendidik yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan tetapi berdiam diri kerana khuatir tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka. Kalau tidak silap gua, Prof Madya Datuk Agus Yusof telah beberapa kali menyuarakan pandangan yang telus dan tepat walau perit bagi pihak memerintah menerimanya.

Berapa lama pensyarah ini akan bertahan. Apakah nasib beliau selepas ini. Jika pelajar lawan arus pasti akan kena gantung. Sekarang pensyarah ini pula menongkah arus. Berdasarkan sejarah perkhidmatan awam, setiap penjawat awam yang mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan kehendak kerajaan akan dikenakan tindakan disiplin atau setidak-tidaknya akan ditukarkan tempat bertugas.
...........sekian..........
Layan ler apa yang patut. Gua nak pergi ambik gambor di HKR seksyen 17 Shah Alam. Kalau gambor cantik esok gua siarkan.

Dulu kata beli cincin dgn duit tabung sekarang kata tak ada cincin


adios

No comments:

Post a Comment