Sunday, January 27, 2013

Pembunuhan di Lubuk Merbau 1985 Bukti PAS satu-satunya musuh UMNO



Peristiwa Lubuk Merbau 1985 - Sejarah Kejahatan UMNO...

Peristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila seorang jentera pilihan raya PAS bertembung dengan penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985.

Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.

Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.

Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.

Pada di parlimen, ahli parlimen Mamat Ghazalee Abdul Rahman minta penjelasan tentang "Peristiwa FELDA Lubok Merbau" semasa Pilihan raya Kecil Padang Terap baru-baru ini, mengapa peristiwa tersebut berlaku, berapa ramai orang yang terlibat, dan berapa mangsa-mangsanya. Tidakkah peristiwa tersebut menjadi amaran terhadap kemungkinan ancaman daripada anasir-anasir tidak diingini kepada proses pilihanraya umum akan datang. Apa tindakan-tindakan untuk menjamin proses pilihanraya umum di negara ini berjalan licin, aman tenteram tanpa huru-hara.

Datuk Nik Aziz Nik Mat pula minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab-sebab yang menghalang pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh segolongan samseng di Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah pada 18 Januari 1985 terhadap petugas-petugas Pilihanraya PAS sehingga berlakunya beberapa orang luka parah dan seorang darinya mati akibat kejadian itu, oleh kerana sehari sebelumnya laporan (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polls sama ada pihak polis telah diarah sesuatu menyebabkan pihak polis tidak berani untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku.

Pada 1985, Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan Pak Ayub cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan 'Inquest' telah dijalankan pada 30 Mac 1986.

Pemimpin DAP , Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan kerajaan yang menahan 9 orang mahasiswa yang menonton video mangsa tragedi Lubuk Merbau pada Januari 1985. Mahasiswa tersebut dikenakan tindakan di bawah AUKU.- Oleh Penulis Bebas sumber di SINI

1-Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,Kedah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Felda_Lubuk_Merbau

http://ms.wikipedia.org/wiki/Padang_Terap

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kubang_Pasu

http://ms.wikipedia.org/wiki/

2-Pilihan raya kecil Padang Terap 1985

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_kecil_Padang_Terap_1985

3-Pergerakan Pemuda UMNO,Mohd Najib bin Abdul Razak

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketua_Pemuda_UMNO

http://ms.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razak


4-Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)

http://ms.wikipedia.org/wiki/ISA

5-Peristiwa Lubuk Merbau 1985

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Lubuk_Merbau_1985#cite_note-2

6-Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nik_Aziz_Nik_Mat

7-Mohd Radzi Sheikh Ahmad

http://ms.wikipedia.org/wiki/Radzi_Sheikh_Ahmad

Jika kita masih ingat banyak kes kecederaan parah dan kematian berkaitan politik berlaku kepada ahli PAS. Peritiwa memali adalah yang paling kejam dan tidak berperi kemanusiaan diikuti dengan peritiwa Lubuk Merbau.

UMNO tidak pernah membunuh ahli DAP dan PKR jauh sekali membunuh ahli MIC dan MCA. Musuh UMNO yang sebenarnya ialah PAS. Sehingga hari ini PAS adalah satu-satunya parti komponen PR yang paling teruk difitnah oleh UMNO melalui blogger-bloggernya selain kritikan tidka berasas oleh  tokoh-tokoh agama yang makan gaji dengan kerajaan.

Pada pandangan peribadi gua,
Jika Islam sebenar menjadi amalan rakyat maka nyawa umno akan terancam. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Apabila ramai rakyat belajar ilmu Islam di luar negara, ilmu Islam sebenar didedah di sana sini. Mendapat sambutan rakyat yang dahagakan ilmu Islam yang hakiki.

Untuk menjamin nyawa UMNO berpanjangan maka Islam perlu dikikis daripada orang-orang melayu. Sedikit-demi sedikit orang-orang melayu telah meninggalkan Islam. Budaya minum arak, berjudi dan zina berleluasa dalam masyarakat melayu hari ini. Segalanya menjadi kebanggaan bukan lagi sesuatu yang disorok-sorok seperti masa-masa lalu.

Tidak hairanlah suatu ketika dahulu pelajar ilmu agama dihantar untuk menuntut ilmu islam di sebuah universiti di England dengan bergurukan seorang yahudi yang pandai tentang ilmu Islam.

Nama pun yahudi sudah tentu sahaja ada diselewengnya ilmu Islam itu dan menjadi ikutan pelajar-pelajarnya sehingga dibawa pulang ke Malaysia. Seorang penceramah (pendakwah) pernah mendedahkannya dalam kuliah di surau di kawasan Shah Alam.... maaf lupa nama beliau) *Mohon sesiapa yang berkenaan mengesahkan berita ini*.

Berdasarkan apa yang diutarakan oleh beberapa orang yang diangkat menjadi ustaz segera dalam negara ini, kita boleh menilai sejauh manakah penyelewengan yang diajar oleh guru yahudi tersebut telah meresap ke dalam agama Islam di Malaysia.


adios

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete