Monday, January 21, 2013

Pangilan BOM palsu Rencat Prosiding RCI di Sabah

KOTA KINABALU: Kira-kira 100 orang termasuk kakitangan Mahkamah Kota Kinabalu kelam kabut setelah diarahkan mengosongkan bangunan itu ekoran panggilan bom palsu pada petang kelmarin.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.50 petang itu telah memaksa pihak polis yang bertugas di kawasan mahkamah mengarahkan semua pihak untuk meninggalkan bangunan berkenaan dan mencari kawasan selamat.

Insiden terbabit turut mengakibatkan prosiding siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi itu terpaksa ditangguhkan.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata panggilan itu diterima operator daripada seorang lelaki sekitar jam 2.30 petang yang meminta untuk disambungkan kepada kakitangan di bangunan pentadbiran mahkamah.

“Dipercayai pihak mahkamah mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang menyatakan terdapat bom yang dibungkus dan diletakkan di dalam tong sampah mahkamah.

“Selepas mengetahui panggilan bom itu, pengurusan mahkamah segera mengarahkan semua keluar dari bangunan,” katanya.

Sejurus menerima panggilan ancaman bom terbabit, Jauteh berkata sepasukan Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) digegaskan namun pemeriksaan menyeluruh sehingga jam 4 petang, pihaknya gagal menemui sebarang bom atau bahan letupan.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati hanya adalah panggilan palsu dan kawasan mahkamah dilaporkan selamat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya kini akan menyiasat perkara terbabit dan usaha mengesan individu yang membuat panggilan bom palsu berkenaan masih dikesan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan atas kesalahan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam..-FB

Rozita Che Wan Bakal Nikahi Lelaki Muda - ramai melopong



adios

No comments:

Post a Comment