Wednesday, January 23, 2013

NASHA Terus Cabar PAS - Iringi Najib di Gaza


Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menggulung usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin menerusi kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza bermula 14 November lalu.mk

Kahkahkah! Kesian terpaksa menebalkan muka demi menunjukkan diri sebagai penyokong Islamis. Sedangkan dalam dunia sebenar mereka mengutuk HAMAS sebagai pengganas (pak turut PBB) hanya kerana HAMAS adalah satu cabang dalam IKWANUL MUSLIMIN dan berpendirian lebih keras terhadap Israel berbanding FATAH.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah. petikan dari mstar online. Cadangkan Hamas berdamai dengan Israel? Minta Mesir jadi orang tengah... Jangan mimpi beb!

Hamas bukan Fatah.Tiada damai selagi BaitulMuqadis tidak dibebaskan. Itu janji pemimpin Hamas sebaik meraikan kemenangan ke atas Isreal dalam perang singkat tahun lalu."Hamas akan mengambil kembali setiap inci Baitul Muaqadis. Hamas tidak akan berhenti selagi BaitulMuqadis masih dijajah"

Yang si Nasha pulak  terus melakukan provokasi kepada PAS. Berapa ramai lagi pejuang melayu dalam PAS? yang masih memperjuangkan agar PAS bersekongkol dengan UMNO atas nama melayu.

Apa sudah jadi dengan majlis syura. Hilang kuasa?.... bincang masalah peri laku Nasha pun tak mahu. Tak mahu Nasha diambil tindakan gamaknya.

Pada pandangan gua jelas..... Ini membolehkan masyarakat memandang dan berkata  " orang kuat PAS pun sokong Najib" walau tampak remeh kepada yang tak memahami tetapi sebenarnya mampu memberi implikasi besar menjelang pilihanraya.

Sesiapa dalam majlis syura yang nak bergabung dengan umno tu sila keluar PAS dan masuk UMNO. Jangan jadi duri dalam daging.

Kepada Pemimpin PAS gua beri pandangan mencabut duri dalam daging memang sakit tetapi sakitnya seketika berbanding jika duri itu dibiarkan membusukkan daging.

Bertindak sebelum terlambat.

adios

No comments:

Post a Comment