Thursday, January 17, 2013

Najib dan Muhyiddin akan disaman RM50billion

KUALA LUMPUR, 14 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi boleh dipaksa untuk menjawab dakwaan mahkamah atas tuduhan mendiskriminasi sekolah Tamil.

ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan dan P. Uthayakumar dijangka mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib, Muhyiddin, dan kerajaan persekutuan untuk apa yang mereka katakan adalah satu pelanggaran jelas hak perlembagaan mengenai kesaksamaan dan akses kepada pendidikan.

Mereka juga menuntut 10 ekar tanah untuk sekolah-sekolah Tamil, sekolah vernakular Tamil untuk setiap daerah dan di setiap negeri kecuali Perlis, Kelantan dan Terengganu -  "kerana tidak ada ramai orang India" Manoharan juga menuntut Institute pendidikan Tamil, bersamaan dengan kolej sains untuk pelajar Melayu dibina.

"Dan juga dana RM50 bilion kerana pengabaian 55 tahun sekolah Tamil untuk memperbetulkan ketidakadilan," tambah Manoharan yang juga seorang peguam.

"Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kami dan berkata kami mempunyai locus standi ... kes itu akan ke mahkamah, "Manoharan memberitahu The Malaysian Insider ketika dihubungi.- TMI

Amboi, banyaknya tuntutan. Suka-suka dia saja mintak macam-macam. Ada sekolah kebangsaan mintak sekolah tamil. Apabila diberi mintak kolej tamil. Tak lama lagi mereka akan minta universiti tamil. Tanpa memikirkan apa akan jadi kepada identiti kebangsaan.

Kewujudan sekolah kebangsaan tidak penting bagi mereka kerana mementingkan bahasa Tamil. Segalanya telah diberi oleh kerajaan seperti SRJKT, Bahasa Tamil diperingkat sekolah menengah.dan peringkat universiti. Dalam Kementerian Pelajaran ada unit Bahasa Tamil.

Mengapa perlu sekolah tamil berasingan ketika subjek bahasa tamil sudah disediakan dari peringakt rendah, menengah dan universiti?

Video pendatang mengundi di Sabah


adios

No comments:

Post a Comment