Saturday, January 4, 2014

Melayu Johor paling MISKIN di Malaysia - Najib Tak bengang ke?

Satu pandangan yang berbeza daripada seorang ahli perniagaan. Sememangnya apa yang diutarakan beliau benar. Berlaku kes seorang guru (anak jati Johor) yang berjaya mendapat pertukaran dan pulang ke Johor bersama anak dan isterinya untuk bertugas. Dalam tempoh singkat beliau telah memohon untuk kembali ke Sarawak dan bertugas di negeri isteri kesayangannya kerana tidak mampu membiayai hidup di Johor iaitu negeri kelahirannya sendiri.

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini. - TMI

Jika difikirkan secara realiti, ramai kakitangan awam yang ingin pulang berkhidmat di negeri Kelantan tidak berjaya berbuat demikian kerana orang negeri lain yang berkhidmat di Kelantan enggan pulang ke negeri asal mereka.

Mungkin faktor ekonomi memainkan peranan utama dalam isu ini. Tinggal di Kelantan dengan gaji seorang pegawai kerajaan pastinya cukup selesa berbanding dengan tempat lain yang tinggi kos hidupnya.

Paling syok untuk kita fikirkan ialah slogan anak sungai derhaka yang berbunyi " Di negeri umno paling kuat di dunia.... di situ melayu paling miskin" wakaka

Tak terasa pedihkah orang umno membaca kenyataan ini?

Bawani - Cetus Fenomena Baru di Facebook


adios

No comments:

Post a Comment