Monday, January 21, 2013

Kim Kardashian Cover Model Majalah Arab

pic source: dailymail
Dengan rupa wajah yang seakan mirip wanita dari Timur Tengah, Kim Kardashian kini sudah bersedia untuk menembusi pasaran terbaru yang menyasarkan wanita Arab apabila bintang siri realiti berumur 32 tahun itu menjadi model kulit majalah Hia, iaitu sebuah majalah gaya hidup khas buat wanita Arab.

Berlainan dari gaya pemakaian seksi beliau yang biasa dilihat di dunia Hollywood, Kardashian memperagakan pelbagai jenis selendang dan jubah serta perhiasan diri yang dibuat dari batu permata, membuatkannya nampak tidak jauh berbeza dari seorang puteri Arab.

"Saya berasa teruja untuk berkongsi gambar saya yang menjadi kulit majalah Hia!" Tulis Kardashian di laman blognya pada Rabu lepas.

"Hia adalah majalah gaya hidup bagi wanita Arab yang terkenal dan tawaran yang diberikan kepada saya itu merupakan sebuah penghormatan untuk saya. Sesi penggambaran yang dijalankan memang berlainan dari sesi lain sebelum ini dan saya sangat bergembira dengan hasil tersebut. Saya juga berpeluang memakai pakaian glamor rekaan Stephane Rolland!"

Jumlah peminat Kardashian di Timur Tengah bertambah lebih ramai semenjak lawatannya ke Kuwait dan Bahrain baru-baru ini yang mana beliau bergiat dengan promosi jenama Millions of Milkshakes.-tupai.com

pic source: dailymail
adios

No comments:

Post a Comment