Friday, January 18, 2013

Kedutaan Vatican,Gereja Terbesar Asia, dan Luluskan Penggunaan Injil bahasa melayu - Apa kaitan dengan UMNO?


Syoknya.... kita kian tersohor di kalangan negara Islam. Dengan kehadiran kedutaan Vatican di Malaysia, bermakna koleksi kristianiti bertambah dengan lancar. Sebelum ini kita digemparkan dengan pembinaan gereja terbesar Asia tenggara di Bukit Jalil dan pendedahan usaha menjadikan Malaysia pusat mubaligh kristian Asia Tenggara oleh seorang ustaz yang menguruskan agensi pelancongan ke Palestine.

Tidak kurang juga gemparnya apabila gambar penyanyi rock tersohor negara yang dikatakan memakai salib beberapa minggu lalu sebenarnya menggoncang naluri gua dan hati mula terdetik mengapa semua ini berlaku? Sedangkan Awie pada masa itu telah pun mendapat gelaran orang kuat agama Islam negeri Perak. Nama sebenar gelaran tersebut gua tak ingat... wakaka. Tapi lebih kurang macam ni bunyinya "Duta Persekutuan Seruan Islam Perak"

Lihat videonya di SINI


Apa makna semua ini dan Siapakah sebenarnya terlibat dengan segala usaha kristianisasi di malaysia. Beriya-iya benara Ustaz Nasha mengatakan terdapat usaha parti pembangkang menjadikan Malaysia negara kristian pada tahun lalu sehingga mengundang pelbagai reaksi di laman sosial dan blog.

Dengan segala pendedahan yang kita baca di internet, keraguan terhadap UMNO semakin bertambah.

Perkara yang diambil kira (perkara sah)


1. Meluluskan Injil berbahasa melayu (perdana menteri- umno)
2. Meluluskan gereja terbesar Asia Tenggara. (kerajaan persekutuan- umno)
3. Menempatkan kedutaan Vatican di Malaysia (kerajaan persekutuan- umno)

Perkara yang perlu diambil kira (perkara masih misteri)

1. Dakwaan yang disenyapkan begitu sahaja mengenai usaha memurtadkan berpuluh-puluh orang Islam di Ipoh. Usaha itu kononnya didalangi oleh seorang Datuk yang didakwa telah pun murtad.
2. Dakwaan Harussani yang mengatakan ratusan ribu orang Islam telah memohon untuk murtad. Dakwaannya tidak disiasat. Senyap begitu sahaja. Yang paling BEST, Harussani sendiri pun senyap.

Sama-sama kita fikirkan apa maksud semua ini. Benarkah PR melalui DAP mahu menjadikan Malaysia negara Kristian. Atau adakah pemerintah sedia ada yang empunya angkara.....

Sejahil-jahil melayu dulu kala, apabila memasuki masjid pasti akan tutup aurat. 


adios

No comments:

Post a Comment