Saturday, January 4, 2014

ISU nama ALLAH - Mufti perlu suruh Iblis masuk Islam

Dah lama tak menghasilkan tulisan sendiri dalam blog ini. Asyik copy paste sahaja. Kali ini gua terpanggil untuk membalas tulisan Datuk Noh Gadut tentang Isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Semalam,
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

Menurutnya kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan Allah S.W.T.

"Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis, selain ijmak ulamak, maka ia tiada komprom." Petikan kata-kata Noh gadut dalam berita yang disiarkan Bernama semalam.

Noh Gadut berkata-kata dengan berhati-hati. Dimulai dengan penggunaan ayat berwarna biru di atas dan diikuti dengan ayat  berwarna ungu dan kuning.

Soalan pertama yang perlu kita tanya ialah "Adakah membenarkan penggunaan nama Allah oleh pihak kristian itu satu penyelewengan?"

Soalan kedua yang perlu ditanya kepada Noh Gadut pula, pernahkah ijma ulama mengeluarkan fatwa tentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam? Kalau pernah ulama mana dan bila?

Manakala ayat Noh Gadut berwarna kuning agak kabur. Ayat Quran yang mana menjelaskan nama Allah hanya untuk orang Islam, Ijma Ulama mana dan bila tidak dapat dipastikan. Hanya Allah dan Noh Gadut yang tahu.

Perkara yang patut kita tahu

Kita patut sedar bahawa sebuah berhala di zaman jahiliyah bernama Hubal si tuhan bulan juga digelar Allah yang juga kononnya mempunyai anak bernama Allat, Manat dan al-╩┐Uzza (juga berbentuk berhala). Hubal digelar allah kerana ia adalah sebuah berhala yang paling besar di Mekah pada waktu itu.

Dalam bahasa arab allah bermaksud tuhan iaitu satu kata nama am. Berbanding ALLAH yang kita bincangkan sekarang adalah kata nama khas.

"Allah is simply the Arabic word meaning God. In fact people who speak Arabic, be they Christians, Jews or Muslims, often say "Allah" to describe God,

Malah injil dalam bahasa arab telah menggunakan nama Allah sejak sekian lama. Jadi bilakah masanya berlaku ijma' ulama yang mengeluarkan fatwa bahawa Allah itu hak mutlak orang-orang Islam sahaja.

Dalam surah Al Fatihah, ayat pertama, kita mengakui bahawa Allah adalah tuhan sekelian alam atau jelasnya tuhan bagi semua makhluk yang hidup di seluruh alam, baik di tujuh petala langit atau tujuh petala bumi. Jadi jelaslah menurut Islam Allah juga adalah tuhan kepada seluruh manusia di dunia sama ada mereka beriman atau tidak. Sama ada mereka mengakuinya atau tidak.

Ingatkah kepada iblis laknatullah? Bukankah syaitan dan iblis juga bertuhankan Allah. Bezanya ialah mereka adalah makhluk Allah yang derhaka kepada Allah. Walau pun derhaka namun iblis tetap memninta izin daripada Allah untuk menggugat keimanan umat manusia sehingga hari kiamat.

Adakah iblis beragama islam? Tuan Noh Gadut perlu jawab soalan ini. Nampaknya, Mufti Perak Datuk Harussani juga perlu suruh iblis memeluk agama Islam berikutan kenyataan medianya bertajuk "Peluk Islam jika mahu guna kalimah Allah" terbitan The Malaysian Insider pada 30 Disember 2012.

Begitu juga dengan kristianiti, mereka turut bertuhankan Allah tetapi menggunakan konsep Allah yang berbeza dengan Allah dalam Islam. Yahudi pula menggunakan konsep Allah dengan menggunakan nama Yahweh.

Bolehkah kita melarang iblis dan syaitan daipada mengakui Allah itu tuhan mereka hanya kerana mereka makhluk yang ingkar? Kaitkan dengan kristianiti.... fikirkan kewajarannya.

Gua memang seboleh-bolehnya menolak penggunaan nama Allah dalam injil berbahasa melayu atas alasan psikologi kerana akan menimbulkan banyak masalah namun tidaklah sampai mengakui Allah itu hak mutlak orang-orang Islam atau agama Islam selagi belum ada bukti kukuh.

Yang paling gua risaukan jika penggunaan nama Allah diluluskan dalam injil berbahasa Melayu...

Mengelirukan remaja Islam yang tidak kukuh pengetahuan agamanya. Memang benar orang Islam tidak akan membaca injil namun semua perlu maklum bahawa apa sahaja buku/kitab boleh terlerai dan leraian tersebut akan dibuang di mana-mana sahaja. Individu yang terjumpa helaian tersebut akan membacanya dan kekliruan akan timbul apabila remaja Islam yang membacanya. Yang bijak akan merujuk ilmuan agama Islam tetapi bagaimana pula yang bertindak membuat tafsiran sendiri?

Banyak lagi risiko penggunaan nama Allah dalam injil berbahasa melayu.

Apa-apa pun TQ mr PM



Apabila dibesarkan maka dapatlah dibaca seperti di bawah... baca ler!


Artikel Malaysiakini 5.1.2010 ini wajib dibaca

"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut Dr Haron setakat ini belum berhasil.

ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata kenyataan Dr Haron itu bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berhubung perkara yang sama.

"Hendak mengkafirkan orang bukan senang. Parti beliau sendiri kata golongan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

"Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam berkata, berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya dibenarkan kepada penganut agama Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi juga berkata, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Dr Mohd Asri sekali lagi menekankan keperluan mewujudkan satu panduan atau undang-undang berhubung penggunaan kalimah tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang provokasi.

Sementara Ahmad pula menyifatkan keputusan mahkamah 31 Disember lalu mempunyai hikmah supaya umat Islam memantapkan lagi kepercayaan dan kefahaman tauhid masing-masing.

Selain itu, bekas pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, bagi mengelakkan penggunaan kalimat tersebut secara salah, beliau mencadangkan pendekatan undang-undang dan dialog antara agama.
.....sekian.....

Ini adalah update 19.1.2013
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menyatakan, menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata
Kesimpulan masih kekal tidak bersangkutan dengan akidah tetapi hanya untuk melindungi Islam iaitu supaya penganut agama Islam tidak keliru dan terpedaya.

Ini adalah update 20.1.2013
“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila?
“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?” tanya beliau.
Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di sini berhujah penggunaan perkataan “Allah” harus menjadi eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan bermaksud tuhan Islam.
Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negara Arab di mana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam.
“Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi.
“Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud... Ibrahim...  Sulaiman... Alhamdulillah dia sebut,” kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah bertajuk “Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam” yang dimuatnaik dalam laman social YouTube Sabtu lalu.
Menurut bekas Mufti Perlis itu, kekeliruan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.
“Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi takpa Allah yang tak buleh. Ai… mempercayai para rasul rukun Iman jugak tau.
“Dak kami tak masuk... Ha... Itu hang punya masalah. Tapi nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut,” katanya lagi.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.
“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah ‘beside Allah there is another god’. Di samping Allah ada tuhan yang lain.
“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.
Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.
“Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan. Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah. Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya habis tu mana satu kita nak patuh?
“Banyak uniform kita.. Topi... Ada Allah Muhammad. Non Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita kadang-kadang... Habaq betui-betui... Memang buleh dari segi Islam tapi di Malaysia keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah.
“Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata, macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis siap pasang .. Haram masuk... Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi peninglah dengan Islam,” katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara.

SO, Sekarang apa macam? Tidak ada halangan daripada agama Islam kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah. NOKTAH. Dari sudut kepentingan negara lain cerita.


adios

No comments:

Post a Comment