Wednesday, January 30, 2013

Inilah punca UMNO yang MEROYAN apabila Nasha digugurkan.. wakaka

UMNO memang meroyan apabila Nasha tidak lagi dapat memberi publisiti kepada UMNO. Selama ini Nasha telah beberapa kali memberi publisiti kepada UMNO sama ada dengan niat atau tidak, bermula dengan tindakan menemani Najib ke Arab Saudi tahun lalu yang dilaporkan media sebagai menjadi jurubahasa kepada Najib.

Selepas itu Nasha sekali memberi publisiti kepada UMNO BN sama ada secara sedar atau tidak apabila bercanggah pendapat dengan Karpal Singh dalam isu hudud. Peliknya Nasha tidak berbunyi pun apabila MCA melalui Chua Soi Lek menghina hudud secara terang dan nyata.

Karpal hanya menolak hudud daripada dilaksanakan di Malaysia berbanding MCA yang bukan sahaja menolak hudud dilaksanakan malah menghina hudud dan Islam.

Nasha terus menjadi saluran publisiti UMNO secara sengaja atau tidak apabila menimbulkan isu kononnya terdapat usaha mengkristiankan Malaysia yang kononnya dibincangkan di Sarawak. DAP Sarawak menafikan tuduhan tersebut dan Nasha terus senyap tanpa mengeluarkan bukti terhadap tuduhannya itu.

Terkini, Nasha sekali lagi memberi publisiti kepada UMNO dengan mengiringi Najib ke Gaza. Satu lawatan yang dilihat sebagai usaha memecah belahkan Palestine sehingga mendapat kritikan teruk daripada president Palestine Mahmoud Abbas.














Dari sudut politik, Nasha dapatlah digambarkan sebagai seorang 'feeder' yang membekalkan isu untuk menjadi modal politik oleh UMNO dan sekutunya untuk menghentam PR terutama PAS kerana PAS adalah satu-satunya musuh UMNO sejak dulu dan selamanya. Ingat! hanya ahli PAS pernah dibunuh oleh UMNO. UMNO tidak pernah membunuh ahli parti politik lain selain PAS. Jangan lupa peristiwa Memali, Lubuk Merbau dan Batu Buruk.

Teori mudah, 'only ninja can kill ninja' apabila diterjemah dalam senario politik Malaysia sekarang pula 'hanya ahli PAS boleh memusnahkan PAS'. Justeru itu orang dalam amat diperlukan untuk memusnahkan PAS. Namun itu semua telah berlalu. Sekarang tidak lagi.... Alhamdulillah..



wakaka

Dr. Aafia Siddiqui dirogol, disiksa dan dimalukan dalam tahanan Amerika laknatullah


adios

No comments:

Post a Comment