Saturday, January 26, 2013

Harakahdaily bikin GeloraHatiMuda 'HOT' 24 jam


Dimulakan dengan Bismillahhirrohmanirrohim, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pengampun. Segala puji bagi Allah tuhan yang menjadikan sekelian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, para ambia dan para sahabat.

Entri ini bertujuan memberi penghargaan kepada semua yang telah terlibat membantu wasukalu dari mula kewujudan sehingga sekarang. 

Penghargaan pertama diucapkan kepada bro Isa, pemilik blog IkutSukaAku-Isa. Bermula dengan minat membaca blog-blog pro pakatan maka lahirlah hasrat untuk memiliki blog sendiri  Langkah pertama yang gua lakukan adalah menghantar email kepada bro Isa. Pada asalnya gua bercadang membeli blog yang sudah siap dengan harga antara RM150 hingga Rm300. Bro Isa telah mencadangkan agar membina blog sendiri dengan membaca panduan-panduan membina blog yang banyak terdapat di internet. 

Bertali arus email gua kepada bro Isa bertanyakan sesuatu tentang blog. Syukur Alhamdulillah, bro Isa tidak menyampah dengan gua malah terus memberi tunjuk ajar sekadar yang diketahuinya. Setelah seminggu bersengkang mata mempelajari cara membina blog, akhirnya artikel pertama bertajuk 'seni ukuiran pasir' telah disiarkan. Dengan lahirnya entry pertama tersebut bro Isa telah menulis satu entri khas untuk mebantu memperkenalkan  wasukalu ke dunia maya. Cukup setakat ini,,, kalau nak tulis semua tak habis... wakaka

Rakan-rakan blogger yang mula-mula memberi sokongan adalah aree8686, inderasipejuang, johorborn, indah.com, ituini, ashamsuri, mountweller, aiyangdisayang. mafiaboss, rojak pasembor, ctt, nizar, armuria dan Madie. selepas dua minggu barulah ramai yang mula memberi bantuan seperti yang terdapat dalam blogslist di sebelah kiri blog ini. Setakat hari ini wasukalu hanya mendapat link daripada 97 buah blog.

Setelah mendapat bantuan link daripada blog-blog otai PR beberapa bulan berikutnya, blog ini mula mencapai kemajuan yang mendadak. Pada bulan Disember 2012, wasukalu mencapai puncak prestasi iaitu berkedudukan 208,813 ranking alexa dan 923 ranking Malaysia.

Pada 1 januari 2013 wasukalu bertukar kepada domain berbayar dengan alamat www.wasukalu.com untuk menghindari masalah duplicate entry, kesukaran menulis dan gangguan iklan pelancongan yang mengganggu pembaca. Ini menyebabkan Ranking alexa dan ranking Malaysia wasukalu berubah kepada yang tercorot. menyesal tak sudah.. wakaka.

Dalam tempoh 26 hari ranking blog ini meningkat kembali seperti di bawah
jam 4.05. 26.1.2013
Ini adalah rekod peribadi blog wasukalu  jam 9.45 malam 24.1.2013 (kali pertama berlaku)

 wasukalu mencatat kehadiran pengunjung tertinggi sejak 16.3.2012 dengan angka 346 kehadiran dalam satu jangka masa berdasarkan graf  whos di bawah

Tarikh 24.1.2013 juga menyaksikan wasukalu menenggelamkan blog-blog otai  pro UMNO termasuk media permatang pauh dan parpukari seperti jadual di bawah.... wakaka, bangga siot!

Berikut adalah senarai reffering sites yang banyak membantu kemajuan blog wasukalu


Link yang diberikan oleh harakahdaily telah menbantu wasukalu mendapat tambahan 8006 pengujung dalam tempoh 24jam bermula jam 9.45 malam 24.12013 hingga 9.44 malam 25.1.2013

Blog darisungaiderhaka yang baru dua minggu memaparkan link wasukalu telah menyalurkan pengunjung yang tidak kurang banyaknya. wartamaya, biaqpila, blogpolitik, greenboc, duniacacamarba, cenangau dan lain-lain yang tidak tersenarai di sini adalah penyumbang utama kepada wasukalu sepanjang masa.

Nak kata apa? Hanya ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan blogger dan para pengunjung yang memberi sokongan kepada blog ini. Terima kasih kepada Harakahdailly kerana membantu wasukalu mencipta sejarah tersendiri hingga membuatkan admin 'feel like flying' ..
wakaka

Alhamdulillah. syukran.

adios

No comments:

Post a Comment