Saturday, January 4, 2014

Guan Eng Bikin Panas Lagi - Kali ini Puad Zakarshi Bakal jadi MANGSA

KUALA LUMPUR, 8 Jan — DAP menuntut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi meminta maaf dan juga menarik balik kenyataannya bahawa DAP akan mencetak 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia, kata setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng.

Lim berkata, kenyataan Mohd Puad langsung tidak masuk akal kerana DAP tidak pernah terlibat dengan hal ehwal parti, dan sebuah parti yang sekular.

"Pendirian parti adalah agama merupakan hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan. Malah, DAP tidak mempunyai sumber kewangan atau keupayaan untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskhah kitab Injil Bahasa Malaysia.

"Malangnya, fitnah yang tidak masuk akal oleh pemimpin UMNO ini disiarkan dalam semua akhbar kawalan UMNO iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Puad dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di Putrajaya bahawa "Parti pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000 naskhah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Kelantan."

"Di ambang pilihan raya umum, adakah UMNO akan meneruskan fitnah yang tidak masuk akal terhadap DAP demi memenangi undi dengan mendakwa bahawa DAP sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan model Mongolia Shaariibuugiin Altantuyaa?

"DAP berasa meluat dengan taktik UMNO yang bertujuan untuk membangkit kebencian terhadap DAP di kalangan masyarakat Islam dan juga di kalangan masyarakat agama-agama lain di Malaysia," katanya lagi.

Lim berkata beliau akan mengarahkan pemimpin-pemimpin DAP untuk membuat laporan polis terhadap Puad dan ketiga-tiga akhbar kawalan UMNO esok kerana menyebarkan fitnah yang tidak masuk akal dan bertujuan untuk mengacau ketenteraman awam, serta akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Puad dan ketiga-tiga akhbar kawalan UMNO tersebut.

"DAP bukan parti yang tidak jujur dan bersikap 'baling batu, sembunyi tangan', seperti UMNO dan BN yang suka main kotor dan tidak mengaku kesilapan. Demi menegakkan kebenaran dan keadilan, DAP sanggup berkorban daripada menipu.

"Dalam konteks bola sepak, BN umpama pemain Liverpool Luis Suarez - seorang rasis, "penerjun" dan penipu, berbanding DAP yang sanggup mengakui kesilapan dengan rela hati tanpa tekanan seperti BN, sepertimana semangat "fair play" pemain Liverpool Robbie Fowler yang dahulu pernah membantah apabila pengadil tersilap memberi penalti kepada Robbie dalam perlawanan menentang Arsenal," kata Lim lagi.TMI melalui yahoo

Kaji jangan tak kaji. Kalau ada kes jangan segan silu.. belasah terus. Buktikan kepada rakyat kejujuran anda. Apabila masuk mahkamah baru terdedah segala penipuan, fitnah dan kebenaran. Melalui mahkamah juga, mesej kepada seluruh rakyat akan menjadi lebih terbuka dan telus. Ini dapat memudahkan mereka berfikir untuk menentukan siapa lebih layak memerintah negara. 
**PR bakal dapat banyak duit untuk dana pilihanraya hasil saman fitnah.. wakaka

Zaid Ibrahim BELASAH Mahathir Dalam blognya


adios

No comments:

Post a Comment