Saturday, January 4, 2014

KALIMAH ALLAH - APA YANG GUA FAHAM SECARA STATISTIK



Adakah semua orang Kristian di dunia memakai kalimah 'Allah' sebagai nama Tuhan mereka? Atau hanya segelintir?

Yang berwarna biru dalam peta dunia ini adalah DUNIA KRISTIAN, berjumlah 2,100 juta (2.1 bilion manusia), atau 33% penduduk dunia, kelompok agama terbesar di dunia..

Yang berwarna hijau adalah DUNIA ISLAM, dengan 1,500 juta penganut (1.5 bilion orang), kelompok agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian..

Jawapannya ialah: Hanya 40 JUTA KRISTIAN di dunia yang pakai kalimah 'Allah'! Mereka ini terdiri dari 20 juta KRISTIAN ARAB di negara2 Arab (Dunia Arab) dan 20 juta KRISTIAN INDONESIA di Indonesia..

Makanya, hanya 40 juta dari 2,200 juta Kristian yang memakai kalimah 'Allah' sebagai nama Tuhan Kristian. Jumlah ini adalah GELINTIR..

Kristian Arab dan Kristian Indonesia sudah mempunyai tradisi menggunakan kalimah ini sejak sekian lama: Arab Kristian sudah RIBUAN tahun menggunakan kalimah ini sebelum kedatangan Islam...

Kristian Indonesia sudah lebih kurang 200 tahun menggunakan kalimah ini di zaman penjajahan Belanda walaupun kalimah 'Allah' diperkenalkan di Indonesia oleh agama Islam (600 tahun dulu), bukan oleh agama Kristian..

Malaysia, khususnya SEMENANJUNG MALAYSIA yang menempatkan 80% penduduk Malaysia (60-65% penduduk Semenanjung adalah Muslim, majoriti Melayu Muslim), tidak pernah mempunyai tradisi menggunakan kalimah 'Allah' untuk penganut Kristian..tapi HARI INI ada segmen Kristian menuntut kalimah ini turut digunakan di Semenanjung Malaysia.

Majoriti penganut Kristian di Semenanjung Malaysia adalah etnik Cina dan India, dan mereka dilaporkan secara tradisi menggunakan Bible bahasa Cina, Tamil atau Inngeris. Bible bahasa Melayu, apatah lagi kalimah 'Allah' BUKAN merupakan tradisi Kristian di Semenanjung Malaysia..

Penganut Kristian Sarawak dan Sabah, kebanyakan kaum Bumiputera, ada yang telah menggunakan kalimah 'Allah' sejak lebih kurang 100 tahun dari zaman Rajah Brooke di Sarawak membawa ke zaman penjajahan Inggeris. Maka ada tradisi penggunaan kalimah ini di Sarawak dan Sabah. Itu pun bukan semua penganut kristian di kedua negeri ini menggunakan kalimah 'Allah'.

Penggunaan kalimah 'Allah' di Malaysia Timur adalah dipengaruhi penggunaannya di Indonesia, apatah lagi Bible bahasa Indonesia sering digunakan di kedua negeri ini..

42% penduduk Sarawak beragama Kristian (berbanding 29% Muslim kebanyakan Melayu dan sedikit Melanau), negeri paling ramai penganut Kristian di Malaysia. Di Sabah, 27% penduduk adalah penganut Kristian (berbanding 65% Muslim). Di Labuan pula 12% adalah penagnut Kristian (berbanding 76% Muslim)..(sumber: Wikipedia)..

Di Semenanjung pula penduduk Kristian tidak melebihi 6% dari penduduk di mana2 negeri di Semenanjung, antara 0.2% di Kelantan hingga 5.5% di Kuala Lumpur.

Sekiranya penganut Kristian Malaysia diizinkan menggunakan kalimah 'Allah' di SELURUH Malaysia, maka Malaysia akan jadi masyarakat/negara dunia yang ketiga selepas Indonesia dan Dunia Arab yang menggunakan kalimah ini secara rasmi untuk penganut Kristian..

Kenapa Dunia Kristian di luar Dunia Arab dan Indonesia tidak menggunakan kaliamah 'Allah' untuk tuhan mereka??

Sebab mereka TIDAK MAHU menggunakan kalimah itu! Mereka menganggap penggunaan kalimah 'Allah' boleh merosakkan "akidah Kristian"! Ya, penganut Kristian pun ada konsep "akidah"!..

Majoriti penganut Kristian dunia beranggapan 'Allah' itu Tuhan dalam Islam yang sifatnya TUNGGAL, bukan TRITUNGGAL mengikut kepercayaan Kristian.

Tritunggal itu maksudnya Tuhan itu walaupun tunggal tetapi terbelah TIGA menjadi tiga tuhan. Tuhan Kristian itu tiga dalam satu dan satu dalam tiga, itu konsep Tritunggal..

Maka atas alasan 'Allah' itu Tuhan khusus Islam yang Tunggal, maka penggunaan kalimah ini dilihat bercanggah dengan "akidah" Kristian bagi majoriti Kristian di dunia. Jadi, istilah ini tidak di pakai di luar Dunia Arab, Indonesia dan Malaysia Timur..

Kenapa Dunia Arab dan Indonesia yang hanya segelintir saja Kristian di dunia memakai kalimah ini?

Masing-masing mempunyai sejarah dan tradisi penggunaan kalimah ini yang tersendiri dan berbeza. Saya akan bincangkan isu ini kemudian..

Kasimpulan untuk Malaysia: Kenapa tiba2 penganut Kristian di Malaysia, khususnya di Semenanjung Malaysia, mahu memakai kalimah 'Allah' sedangkan selama ini pemakaian kalimah ini bukan tradisi majoriti Kristian di Malaysia?

adios

No comments:

Post a Comment