Saturday, January 4, 2014

Bawani - Cetus Fenomena Baru di Facebook


KUALA LUMPUR: Rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke Youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas memamparkan seorang ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar KS Bawani dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri dihadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.


Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suaran Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA dan semua tahu KIMMA adalah komponen baru dalam BN.

Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di dalam twitternya.Menurut beliau mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Dalam pada itu juga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya terpaksa menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN.

Mengulas klip video ini, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, Syarifah telah menunjukkan satu sikap dan budaya angkuh, sombong dan tidak hormat kepada orang lain, apatah lagi dalam konteks ini dia adalah tetamu yang dijemput masuk ke UUM untuk bertemu dengan pelajar dan sepatutnya berperanan sebagai seorang panelis sahaja.

"Bersikap memaksa, lebih menghampiri 'brainwash approach' minda pelajar. Ini tidak sepatutnya dibudayakan di menara gading dan sangat bertentangan sama sekali," katanya ketika dihubungi.

"Posisinya sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sendiri jelas membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada jentera besar 1 Malaysia yang umum tahu menjadi agenda utama umno BN," katanya.

Athirah juga telah menghubungi Bawani dan memberi sokongan moral kepada beliau sekali gus berharap seluruh mahasiswa juga menjiwai keberanian Bawani.

"Insyallah kita akan mengadakan sidang media bersama Bawani esok, masa dan tempat kita akan maklumkan kemudian," katanya.

Ekoran klip video itu juga, hashtag "listen" kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter.Hrkh

adios

No comments:

Post a Comment