Tuesday, January 22, 2013

Bank Islam buat laporan polis ke dua ke atas Azrul

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Azrul Azwar Ahmad Tajudin membidas tindakan Bank Islam membuat laporan polis kedua hari ini dan menuduhnya sebagai taktik kotor untuk menggugut dan menekan dirinya memandangkan kesemua tuduhan oleh syarikat perbankan tersebut bukanlah satu kesalahan jenayah.

Bank Islam hari ini dalam satu kenyataan mengesahkan laporan polis kedua telah dibuat keatas Ketua Ekonomi mereka tersebut kerana menemui satu lagi bukti baru Azrul melanggar polisi dalaman syarikat perbankan tersebut.

"Ekoran laporan polis hari ini, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan yang terkandung dalam laporan polis kedua yang dilakukan oleh majikan tidak dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah," kata Azrul Azwar (gambar) dalam satu kenyataan.
"Cara mengendalikan kes ini adalah satu taktik kotor untuk menggugut dan menindas ke atas saya."

Azrul Azwar juga memberitahu tidak faham mengapa pihak Bank Islam perlu membuat laporan polis terhadap dirinya memandangkan beliau pada ketika ini masih dalam siasatan dalaman.

"Ia hanya urusan sivil yang mana ketika ini dalam siasatan dalaman antara saya dan majikan.

"Saya tidak dapat lihat perkara ini sekarang sudah menjadi satu kes polis pula," terang Azrul Azwar dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Azrul Azwar yang dihubungi The Malaysian Insider juga berkata tidak menyedari bahawa Bank Islam telah membuat satu lagi laporan keatas dirinya hari ini selepas laporan pertama pada 18 Januari 2013 lalu.TMI

No comments:

Post a Comment