Saturday, January 26, 2013

20,000 rai Anwar di Johor - warga bumi KIYAI sudah bangkit



Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jalan Sagu, Taman Daya, Johor Baharu, malam tadi membuktikan yang Johor sudah tidak boleh lagi dinobatkan sebagai negeri UMNO paling kuat gagah perkasa di dalam dunia.

Seorang facebooker telah menyatakan perkiraannya tentang jumlah kehadiran pada malam itu iaitu lebih kurang 20,000 orang.



Dulu apabila parti pembangkang mau membuat ceramah sambutan amatlah dingin sekali..

Itu dulu.. kini suasana sudah jauh berubah.

Ribuan rakyat tempatan sudah mula berjinak-jinak untuk mendengar pidato dan amanat yang disampaikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat sudah bertekad mau melakukan perubahan.. 56 tahun diberikan mandat dan amanah sudah dikira terlalu lama.

Dulu rakyat tiada pilihan.... kini pilihan yang terbentang luas didepan mata ternyata jauh lebih baik, mantap dan hebat dari UMNO, gagasan yang terdiri dari PAS/PKR/DAP dinamakan Pakatan Rakyat.

UMNO lahir di Johor Bahru.. maka rakyat mau kuburkan UMNO jua di Johor Bahru.. INS'YALLAH.

adios

No comments:

Post a Comment