Sunday, December 9, 2012

Wanita umno berebut nak jadi calon,

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Sikap Wanita Umno semasa perhimpunan agung minggu lalu yang meminta perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak mengutamakan calon wanita dalam pilihan raya membuktikan mereka hanya berebut mahu menjadi “calon”, kata Naib Presiden PKR Fuziah Salleh kepada The Malaysian Insider.

Fuziah berkata ini adalah perbezaan ketara berbanding wanita Pakatan Rakyat (PR) yang berjuang demi martabat dan penghargaan untuk golongan tersebut.
“Kita lihat dalam perhimpunan agung Umno lalu delegasi wanitanya meminta Najib untuk beri mereka kuota calon dalam pilihan raya.

“Berbeza sama sekali dengan wanita dalam PR yang tidak pernah meminta untuk menjadi calon,” kata ahli parlimen Kuantan itu apabila dihubungi semalam.
Perkara tersebut membuktikan Wanita Umno sama dengan pemimpin lain dalam parti itu yang hanya mementingkan kuasa dan tidak mendengar suara rakyat.

“Hal tersebut mencerminkan sikap sebenar mereka mementingkan kuasa.
“Ia berbeza dengan kaum wanita di dalam PR yang mahu kerajaan mengiktiraf peranan dan memartabatkan golongan wanita khususnya,” tambah beliau lagi.sumber

No comments:

Post a Comment