Wednesday, December 5, 2012

Seorang ditikam di Gombak Malam tadi - pengecut tikam dari belakang

Seorang yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat tercedera di bahu apabila ditikam dengan sebilah pisau di ceramah Jelajah Merdeka anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di perkarangan masjid Zakaria di Batu 9 Gombak malam ini.

Kejadian itu dikatakan berlaku di simpang jalan untuk memasuki ke perkarangan masjid berkenaan di mana suasana di situ agak tegang dan riuh randah apabila sekumpulan pemuda yang membawa bendera dacing sedanag membuat provokasi majlis ceramah berkenaan dengan menyorak dan mamaki hamun tanpa tentu fasal.

Menurut seorang yang hadir di program itu memberi tahu kejadian itu berlaku semasa mangsa cuba untuk menenangkan keadaan tiba-tiba beliau diserbu kemudian dan ketika itulah bahunya disadung dengan pisau.

Gambar menunjukkan bahu mangsa terkoyak akibat tikaman itu kini melata tersibar di internet, di facebook di blong.

Apa punca kejadian itu sebenarnya masih belum dipastikan. Tunggulah esok akan ada kenyataan dari mana-mana pihak berhubung kejadian itu. Tidak juga dipastikan apakah mangsa membuat laporan polis atau tidak.

Dalam pada itu saya yang dalam perjalanan menuju ke kawasan ceramah itu nampak sebuah landrover yang memuatkan beberapa anggota FRU bergerak ke tempat ceramah. Di simpang jalan menuju ke perkarangan masjid memang kelihatan berpulih anak muda yang bersorak-sorak dan berlagak samseng.

Ceramah malam ini adalah pertama kali diadakan selepas Umno mengadakan perhimpunan agung yang membangkitkan semangat ahlinya agar berjuang mempertahankan parti. Gangguan terhadap ceramah itu katanya bermula sejak jam 6:00 petang dan berakhir apabila Anwar Ibrahim berhenti berucap. Sepanjang saya berada di tempat ceramah dari jam 10.45 hingga 12:00 tidak ada apa-apa kejadian buruk melainkan kedengaran jeritan dan laungan dari arah jalan besar yang menghina Anwar Ibrahim. Mohd Sayuti Omar




ini bukan orang asli tapi melayu gombak

Cita-cita puak umno untuk mencetus huru-hara sebelum pilihanraya untuk memudahkan mereka terus memerintah tanpa pilihanraya gagal lagi kali ini. wakaka. Semakin mereka gila , semakin sabar penyokong pakatan. Kebaculan mereka hanya ditunjukkan untuk mengakibatkan huru-hara yang tidak dilayan penyokong pakatan yang matang dan berfikiran waras. Tidak bodoh macam puak umno. wakaka
....................................

Pastikan anda baca tulisan DR Asri ini

Umat Islam disaran menjadikan pandangan dan saranan bekas Mufti Besar Perlis Dato'Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam.Tambahnya undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.

Amaran Rasulullah s.a.w. seperti sabdanya yg bermaksud:
"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (disyurga)dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka,maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(disyurga)".

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bazzar dan al-Tabarani didalam al-Kabir dan al-Ausod.Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]
Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah,maka sesungguhnya dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut.Mungkin dia berkata,saya tidak menzalimi orang lain,atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja,sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa.

Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67:
Maksudnya:
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka,mereka berkata(dengan sesalnya):"Alangkah baiknya kalau kami dahulu(semasa didunia)taat kepada Allah serta taat kepada Rasul.Dan mereka berkata lagi:"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami,lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya.Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan kedalam neraka.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:
Maksudnya:
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian),api neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Oleh itu wahai saudara2ku...bersegeralah berhijrah meninggalkan umno dan marilah bersama2 kami memperjuangkan islam dlm erti kata perjuangan yg sebenar..

No comments:

Post a Comment