Thursday, December 13, 2012

Rakyat Indonesia Yang dapat IC Biru (KTP) perlu tolak BN kerana Indonesia dihina

Rakyat Indonesia di Malaysia yang dipercayai telah mendapat kad pengenalan (KTP) sah mengundi daripada golongan tertentu diseru agar tidak memberi undi kepada parti politik yang telah banyak mengeruhkan hubungan Indonesia dengan Malaysia.

Selama ini hubungan baik kedua-dua negara yang akrab umpama abang dan adik menjadi keruh kerana bebrapa tindakan tidak wajar terhadap warga Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia. Ramai warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah didera dalam pelbagai bentuk termasuk secara fizikal dan psikologi.

Nirmala Bonat
Penderaan fizikal yang menyebabkan kecederaan teruk dan perkosa acap kali dilaporkan di akhbar dan ruang berita internet. Kes-kes rogol yang membabitkan warga Indonesia sebagai mangsa terus berlaku seperti  di sini, sini dan kejadian terbaru dipercayai membabitkan tiga orang anggota polis di Pulau Pinang.

Kegagalan mendapatkan keadilan bagi mereka yang teraniaya membuatkan hubungan Malaysia- Indonesia terus keruh. Tuduhan rogol yang membabitkan seorang menteri Malaysia yang dibangkitkan oleh wikileak dan disebar secara meluas oleh blogger di Malaysia tidak harus dipandang ringan.

Terbaru seorang bekas menteri Malaysia menghina seorang bekas president Indonsia yang berkunjung ke Malaysia selama tiga hari atas jemputan sebuah organisasi di Malaysia. Bekas menteri itu menghina BJ habibie sebagai seorang pengkhianat bangsa sama seperti Anwar Ibrahim.

Sebagai warga Indonesia yang layak mengundi di Malaysia, anda seharusnya dapat melihat dengan jelas akan apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia sekarang. Sebilangan anda sudah bertahun-tahun bekerja di Malaysia. Dan peluang untuk mengundi di Malaysia seharusnya digunakan sebagai medan membalas dendam bagi pihak saudara-saudara anda yang pernah dianiaya di Malaysia.

Walau mereka yang teraniaya bukan saudara sedarah dengan anda namun mereka adalah saudara seagama dengan anda. Apa tah lagi mereka adalah saudara senegara dengan anda.

Sebaliknya undilah Pakatan Rakyat agar perubahan dapat dilakukan. Jika anda sayang BJ Habibie sila undi Pakatan Rakyat sama ada Pas, PKR atau DAP.


adios

No comments:

Post a Comment