Wednesday, December 5, 2012

Professional melayu di California kutuk UMNO kaw-kaw punya.. wakaka


























Terjemahan ayat dalam kotak teratas.
Melayu hari ini bertambah korup moralnya, sangat berbeza-beza, dan ekonominya lebih lemah berbanding dulu. Itu bukan pandangan saya tetapi saya hanya meringkaskan apa yang diperkatakan Mahathir, lelaki yang telah mentadbir negara dan umno selama dua dekad.

Terjemahan ayat dalam kotak ke dua
Setelah memerintah selama setengah abad, apakah yang telah dicapai telah umno , sebuah parti yang mengaku sebagai pembela/pahlawan melayu?

Ambil apa saja petunjuk sosial. 
- kadar pemenjaraan, salah guna dadah,
- keluarga-keluarga yang diketuai ibu tunggal
- masyarakat kita terlalu diwakili

Terjemahan ayat dalam kotak ke tiga
Pencapaian ekonomi dan pendidikan kita tidak boleh dibanggakan kerana sebenarnya ia (ekonomi dan pendidikan) adalah sesuatu yang memalukan. Ahli Majlis Tertinggi Umno berbangga dengan kedoktoran yang mereka peroleh dari kilang ijazah sebagai pencapaian intelek yang tulen. Yang lebih menyedihkan adalah rakan-rakan mereka mempercayai mereka.

Terjemahan ayat dalam kotak ke empat
Pasangan dan ahli keluarga para menteri dengan angkuh menyatakan bahawa kondominium mewah mereka ada hasil bakat keusahawanan mereka tetapi orang lain menganggapnya sebagai mencerminkan amalan rasuah dan kronisme yang diamal dalam sistem pemerintahan.
.....................................................................

Bacalah pandangan seorang anak melayu di perantauan sebuah blog berbahasa inggeris (bahasa melayu tak ada hehe!) bakrimusa.com
......................................................................

Renungan Buat Rakan-Rakan Beragama Islam

Umat Islam disaran menjadikan pandangan dan saranan bekas Mufti Besar Perlis Dato'Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam.Tambahnya undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.

Amaran Rasulullah s.a.w. seperti sabdanya yg bermaksud:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (disyurga)dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka,maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(disyurga)".

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bazzar dan al-Tabarani didalam al-Kabir dan al-Ausod.Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]
Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah,maka sesungguhnya dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut.Mungkin dia berkata,saya tidak menzalimi orang lain,atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja,sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa.

Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67:  Maksudnya:

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka,mereka berkata(dengan sesalnya):"Alangkah baiknya kalau kami dahulu(semasa didunia)taat kepada Allah serta taat kepada Rasul.Dan mereka berkata lagi:"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami,lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya.Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan kedalam neraka.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:    Maksudnya:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian),api neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Oleh itu wahai saudara2ku...bersegeralah berhijrah meninggalkan umno dan marilah bersama2 kami memperjuangkan islam dlm erti kata perjuangan yg sebenar..

adios

No comments:

Post a Comment