Wednesday, December 26, 2012

PPSMI sekat penyampaian dan penerimaan ilmu

Seronok membaca pendapat Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim tentang kejatuhan markah yang diperoleh pelajar Malaysia dalam ujian TIMSS.

Sesetangah perkara yang beliau ajukan mungkin berasas terutama berkaitan persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan TIMSS. Tetapi perjuangan beliau untuk terus melaksanakan pengajaran dan pembelajara Matemati dan Sains dalam Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang ingin dibincangkan di sini.

Fakta TIMSS
Untuk kajian terbaru pada tahun 2011, Malaysia mendapat 440 mata dalam Matematik dan 426 mata dalam Sains, di bawah Skala pertengahan TIMSS sebanyak 500 mata.

Pada tahun 2007, Malaysia mendapat 474 mata dalam Matematik dan 471 mata bagi Sains.
Markah yang didapati adalah 519 mata dan 492 mata masing-masing pada tahun 1999, apabila kali pertama Malaysia menyertainya. - rujuk TMI 

Fakta PPSMI
Dilaksanakan pada 2003 dan dimansuhkan pada 8 Julai 2009

Perbahasan kita
Mari kita rujuk kepada Tahun 2007 dengan Malaysia mendapat 474 mata dalam mata pelajaran matematik dan 471 dalam mata pelajaran sains. Apabila PPSMI dilaksanakan pada 2003 bermakna pelajar tingkatan dua yang menduduki TIMSS 2007 berada di tahun 4 Sekolah Rendah.

Pengajaran matematik dan sains di tahun 4 pada 2003 masih merangkak dengan segalanya belum begitu terurus dan sempurna. Di masa itulah para guru ditambah sibukkan dengan pelbagai kursus untuk menambah ilmu terutamanya memperkukuh  penguasaan Bahasa Inggeris untuk tujuan pengajaran.

Pelajar pula berada di awang-awang. Termanggu-manggu apabila mendengar pengajaran guru dalam bahasa Inggeris Sehingga kementerian terpaksa mencetak kertas soalan dwi bahasa pada peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Ini bermakna penguasaan bahasa Inggeris pelajar menjadi kekangan untuk menerima pembelajaran matematik/sains dari guru. Secara kasar, pelajar dari golongan ini mencakupi 90% keseluruhan pelajar di Malaysia.

Berbeza pula dengan mereka yang sejak pendidikan awalnya menerima pengajaran berbahasa Inggeris serta dari keluarga yang mengamal bahasa Inggeris dalam perbualan harian dalam keluarga dan masyarakat. Golongan pelajar ini adalah anak-anak orang kaya yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Damansara dan Subang Jaya yang biasanya akan mendominasi sekolah-sekolah elit bantuan penuh kerajaan seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar. Sesetengah mereka belajar di sekolah antarabangsa berkos tinggi yang tumbuh melata di Lembah Kelang.

Berasakan kepada kefahaman tersebut maka diandaikan bahawa pelajar yang mewakili Malaysia pada 2007 adalah dikalangam mereka yang berada dalam kelompok 10% (anak elite). Kebarangkalian besar yang kita ada adalah ; kita telah menghantar pelajar yang berkedudukan 100-200 terbaik dalam matapelaran matematik dan sains kerana pelajar yang mempunyai kepintaran sebenar dalam kedua-dua subjek berkenaan  telah tercicir dalam pelajaran kerana kekangan bahasa.

Kesan menjadi lebih buruk pada 2011 ekoran daripada kegagalan pengajaran dan pembelajaran yang mereka terima sehingga 2008. Perlu difahami bahawa pelajar tingkatan 2 yang mengambil bahagian dalam TIMSS 2011 berada di era PPSMI ketika di sekolah rendah.

Kita teruskan dengan kemampuan Malaysia mendapat 519 mata dan 492 pada 1999. Semasa ini PPSMI belum dilaksana dan mungkin belum ada dalam perancangan kerajaan. Jadi, apa relevannya angka ini kepada PPSMI? Berdasarkan semua angka pencapaian di atas jelaslah pendidikan Malaysia lebih maju sebelum PPSMI dilaksana.

Jika PAGE masih inginkan PPSMI maka kerajaan perlu mewujudkan sekolah khas kepada anak-anak orang elite ini kerana anak-anak rakyat biasa tidak memerlukan PPSMI. PPSMI menjadikan bahasa sebagai satu kekangan besar terhadap penyampaian dan penerimaan ilmu. Biarlah anak melayu diajar dengan bahasa melayu dan anak cina diajar dengan bahasa cina.

Kepentingan bahasa Inggeris = 'Yes' . 
'No' to PPSMI.

adios




No comments:

Post a Comment