Wednesday, January 1, 2014

Pintu 'Neraka' ditemui di Turkmenistan







Lubang api itu menganga dan mengeluarkan hawa yang sangat panas. Siapa sangka fenomena alam di Turkmenistan jadi destinasi pelancongan yang unik. Inilah kononnya Gerbang ke Neraka.

Lubang besar ini telah aktif selama 38 tahun, demikian dikutip dari Atlas Obscura, Kamis (13/9/2012). Lubang ini bukan kewujudan semulajadi.

Pada tahun 1971, para penambang dari Rusia mengebor sebuah lubang kecil yang akhirnya jadi lubang selebar 70 meter. Ternyata, pengeboran ini mengaktifkan gas yang ada di bawah tanah. Akibatnya, gas tersebut menekan permukaan tanah sehingga membuat lubang sebesar itu.

Kawah panas ini menganga tanpa ada yang berusaha menutupnya kembali. Malah, kawah yang ada di Desa Darvaza ini jadi destinasi pelancongan. Lubang ini kemudian dinamakan "Gates to Hell" atau Gerbang Neraka oleh penduduk tempatan.

Neraka digambarkan sebagai tempat yang penuh api yang tak pernah padam. Lubang ini memiliki api yang tak pernah mati, maka dari itulah lubang ini dinamakan Gerbang Neraka. Selain itu, neraka juga disebut-sebut berada di inti bumi. Terbukanya lubang ini pun semakin menguatkan kesan gerbang neraka.

Pelancongan yang berminat boleh datang ke padang pasir Karakum yang terletak sekitar 260 km ke utara dari Kota Poltoratsk, ibukota Turkmenistan. Lubang yang mengandungi bara api menyala ini sangat panas pada siang hari. Apatah lagi kedudukan lubang ini di tengah padang pasir.

Saat terbaik melancong ke tempat ini adalah pada malam hari. Api di lubang ini akan jadi satu-satunya sumber cahaya. Suhu udara di sekitar lubang juga jadi lebih rendah pada malam hari, dibanding datang pada siang hari.

AWAS maklumat dengan tulisan berwarna biru bukan dari Quran. Berdasarkan sedikit pengetahuan yang gua ada, dunia akan hancur pada hari kiamat oleh itu mana mungkin neraka berada di perut bumi.

Pada hari kehancuran itu bumi bergegar dengan gegaran yang sangat dahsyat. Bumi juga pecah lalu terhamburlah segala yang ada di dalam perut bumi.

“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.
(Al-Insyiqaaq: 1-4)

Negeri akhirat oleh Dr harun Din


Pintu ke 'neraka' ditemui di Turki

adios

No comments:

Post a Comment