Saturday, December 1, 2012

Perkhidmatan internet di seluruh Syria terputus

DAMSYIK - Perkhidmatan internet di seluruh Syria dilaporkan terputus sejak kelmarin, hingga mencetuskan perbalahan apabila tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak saling menuduh antara satu sama lain sebagai penyebab insiden itu.

Menurut aktivis, telefon bimbit juga tidak dapat digunakan di beberapa kawasan termasuk di ibu negara.

Insiden gangguan internet tersebut adalah pertama kali di negara itu sejak ia mula bergolak kira-kira 20 bulan lalu.

Stesen televisyen tempatan melaporkan masalah itu berpunca daripada masalah teknikal yang melanda beberapa wilayah.

Difahamkan, pihak berkuasa Syria sering memotong talian telefon dan perkhidmatan di beberapa kawasan untuk mengelakkan kumpulan pemberontak berkomunikasi sesama mereka apabila tentera Assad melancarkan operasi ketenteraan.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pemerhati hak asasi manusia melaporkan berlaku pertempuran sengit antara tentera dan kumpulan pemberontak di kawasan berhampiran lapangan terbang Damsyik, namun keadan dikatakan kembali reda, semalam . - AP


adios

No comments:

Post a Comment