Sunday, December 30, 2012

OT Kiat saran Soi Lek Jumpa Pakar Sakit JIwa

KUALA LUMPUR, 29 Dis ― Datuk Seri Ong Tee Keat menepis kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di laman sosial Facebook miliknya semalam, dan berkata beliau bersimpati dengan Presiden MCA tersebut serta mencadangkan akan beliau berjumpa pakar sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan.

Kenyataan itu dikeluarkannya membalas kenyataan Dr Chua terhadap Ong (gambar), yang dilihat jelas menyelar presiden MCA itu, yang merupakan pakar sakit jiwa selama tiga tahun sebelum menyertai politik.

“Saya kasihankan beliau. Ini hanya kitaran hentaman OTK, ini hanyalah pengulangan kitaran simptom sama ketika musim perayaan, lebih-lebih lagi sebelum GE13. Dia perlu jumpa psikiatris (“I really pity him. This is just a fresh round of OTK-bashing, a cyclical recurrence of d same symptom during festive season, more so b4 GE13. He needs help from a psychiatrist perhaps,”) kata Ong di laman Facebooknya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider hari ini, Ong mengesahkan beliau merujuk kepada Dr Chua dalam laman Facebooknya itu.

Namun, walaupun “bersimpati” dengan Dr Chua, Ong turut mendakwa seterunya itu dilihat cuba memastikan beliau tidak dapat menyertai pilihan raya ke-13.

Ditanya perasaannya terhadap kenyataan Dr Chua terhadapnya, bekas presiden MCA itu berkata ia telah berulang sejak tahun lalu, terutamanya ketika musim perayaan.
“Ia berlaku tahun lepas ketika Tahun Baru Cina, dan sekali lagi pada tahun ini, ketika sambutan yang sama.

“Tapi kali ini ia berlaku lebih awal daripada jangkaan dan satu sebabnya saya rasa ia kerana 13GE,” katanya.
“Saya faham apa beliau nak ... beliau mahu memastikan saya tidak ada sebab untuk bertanding,” kkata Ong. TMI

Maarouf Jamal Tentera FSA Pertama Menembak Jatuh MIG Bashar

No comments:

Post a Comment