Sunday, December 23, 2012

Mahkamah Israel bebaskan Shereen El-Issawi

Sumber hak asasi manusia Palestine di Jerusalem yang diduduki Israel telah melaporkan bahawa Mahkamah Majistret di bandar ini telah membebaskan peguam Shereen El-Issawi atas jaminan. Beliau akan diletakkan dalam perintah tahanan di rumah.

Beliau adalah adik Samer El-Issawi yang mlancarkan mogok lapar, dan tahanan di rumah bermakna bahawa dia tidak akan dapat menghadiri perbicaraan Samer.

Forum Tahanan Palestin di Jerusalem menjelaskan bahawa keputusan untuk melepaskan Shereen menyebut khususnya pengharaman ke atasnya menghadiri perbicaraan mana-mana abangnya termasuk Samer bagi tempoh enam bulan.

Peguam Forum, Mofeed El-Hajj mendedahkan bahawa mahkamah juga memutuskan untuk menggugurkan caj baru yang dikenakan terhadap Samer El-Issawi atas tuduhan menyerang pegawai-pegawai polis yang membawanya ke mahkamah. middleeastmonitor

No comments:

Post a Comment