Monday, December 3, 2012

Kutuk PAS sebagai parti ajaran sesat.. Anak-anak dihantar ke PASTI, mintak PAS ajar... wakaka

Orang-orang umno memang hipokrit dan muka tak malu. Wakaka.. Semalam gua pergi ke PASTI di Shah Alam ni untuk mendaftarkan anak gua yang berumur 4 tahun untuk belajar Iqra'

Sampai di sana gua nampak para ibu-ibu sedang beratur untuk mendaftarkan anak-anak mereka. 70% daripada mereka gua kenal sangat, bini si anu dan si anu. Sapa lagi kalau bukan orang umno.. Diorang sendiri tak mahu hantar sebab malu. Mereka ini Karat umno yang sering menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Diorang yang gua maksudkan ni kalau tengok muka orang PAS memang tak mahu langsung. Toleh pun tak mahu, punya sombong dan bongkak. Diorang ni memang langsung tak ada maruah. Jika dah tahu PAS adalah pasti ajaran sesat mengapa hantar anak-anak ke PASTI? Adakah mereka mahu anak-anak mereka disesatkan oleh guru-guru PASTI yang terdiri daripada orang-orang PAS, para muslimah PAS?

Nasib baik pengendali PASTI tu bukan gua. 
Kalau gua, gua kenakan double charge. 
Kalau masa hangin gua tak elok gua balun 3 kali ganda..
wakaka


adios

No comments:

Post a Comment