Saturday, January 4, 2014

KANTOI! Mahathir Peluku Rosmah!

Umpama pepatah, lebih sudu dari kuah, begitulah jawapan paling tepat bagi menggambarkan kuasa eksekutif negara terletak bukan di tangan yang sepatutnya. Kerana terlalu menonjol melebihi isterinya, Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Isteri Najib Altantuya itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.

Mahathir dilapor berkata, isteri perdana menteri itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.
Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri perdana menteri sebelum ini.

“Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.

Jelas daripada kenyataan jujur Mahathir membuktikan Rosmah sebenarnya membayangi Najib Altantuya hampir dari segala sudut termasuk mencampuri urusan pentadbiran negara.

Malah, desas desus mengatakan calon pilihanraya umum akan datang juga ditentukan Rosmah tanpa perlu mendapat kelulusan Najib Altantuya, dipercayai mengelakkan unsur sabotaj selain hanya kroni rapat sahaja yang dibariskan kali ini.

Tidak hairanlah teks ucapan Rosmah sanggup dibaca ketua menteri Melaka, Ali Rustam mewakilinya dalam satu majlis khas bekas wakil rakyat BN (Mubarak) semalam, semata-mata mahu membodek Rosmah.

Rosmah kini dikatakan tertekan berikutan pendedahan demi pendedahan bekas rakan karib perniagaannya, Deepak Jaikishan mengenai konspirasi pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu melalui akuan bersumpah yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Difahamkan, Mahathir mengarahkan Deepak membongkar kesemuanya satu demi satu sehingga pilihanraya umum yang dijangka Mac tahun depan bagi memberi tekanan berterusan terhadap Najib Altantuya dan Rosmah yang kini dianggap gagal mempertahankan kekuasaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dijanjikan.

Deepak dijangka mendedahkan segala-galanya dalam sebuah buku yang akan diterbitkan khas untuk menjawab segala teka-teki walaupun Rosmah turut berbuat demikian menerusi pelancaran biografi yang bakal diadakan tahun depan.

Penganalisis politik meramalkan Rosmah akan gagal menjawab skandal yang membelenggu dirinya yang bakal mengheret isterinya Najib Altantuya ke lembah politik paling hina dalam sejarah negara.-JALAN PULANG


adios

No comments:

Post a Comment